Tips hilangkan selsema pada baby kecil

Sumber Rujukan : Sayang Ibu Dan Bayi

Bagaimana cara ibu bapa untuk menguruskan baby kecil yang selsema atau hidung tersumbat ? Haaa… Di sini saya ingin kongsikan satu tips hilangkan selsema pada baby kecil dan saya sendiri telah mencubanya dan ianya amat berkesan serta berhasil merawat selsema yang dihadapi anak saya.

Bila baby selsema mesti kita susah hati kan . Ibu mana yang senang bila tengok anaknya dalam kesakitan bukan?

First time pergi klinik…Dr tak akan bagi ubat sebab baby tak boleh bagi apa – apa ubat lagi. Dr akan minta ibu ayah  sedut hingus guna mulut. Tapi bagi baby first time macam saya memang tak ada pengalaman nak sedut hingus guna mulut, bukan geli… tapi takut lain jadinya.

So, macam – macam kami buat pergi farmasi beli pam sedut tapi tak okey jugak. Sapu krim tropika tak nampak kurang jugak.

Apa yang saya buat lepas itu beli sterimar ok lah, hingus baby nampak berkurang tapi tidur malam baby masih tak lena. Kebetulan dalam pantang jiran bagitahu anak dia 2 bulan selsema 2 bulan satu family tak tidur lena. Duit pun banyak dah habis.

Ikhtiar lagi pergi jumpa Dr pakar. Dr cuma ambil tisu muka (tisu  lembap), buka lapisan tu, satu lapisan sahaja guna. Gulung hujung tisu, masukkan dalam hidung baby… Baby bersin keluar ketulan hingus. Pastikan tisu masuk sampai dalam. Mula-mula baby akan nangis tapi bila dah bersin, settle. Alhamdulillah. 3 kali masukkan tisu alhamdulillah selsema dah berhenti.

Ini sekadar perkongsian untuk ibu – ibu di luar sana yang sama menghadapi situasi ini.

Tonton video dibawah bagi mengetahui cara untuk hilangkan atau kurangkan selsema pada baby kecil:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat