Apakah Simptom Ketumbuhan Dibahagian Otak
Ketumbuhan dibahagian otak berlaku apabila adanya pertumbuhan sel otak yang abnormal yang tidak terkawal. Ia dipengaruhi oleh bahagian otak yang terlibat dan sistem yang berfungsi mempengaruhinya. Ketumbuhan yang bukan kanser ialah tumor yang ditakdirkan berada di dalam bahagian otak, tetapi bukan kanser, hanya berada di satu lokasi tertentu dan tidak merebak, cuma mungkin saiznya boleh membesar dari satu masa ke satu masa.
Tanda-tanda Awal Berlakunya Ketumbuhan Pada Bahagian Otak
1) Sakit kepala yang berterusan
Kes ini boleh menjadi sangat sukar bagi seorang doktor untuk memberitahu perbezaan antara sakit kepala atau migrain yang disebabkan oleh ketumbuhan pada bahagian otak. Sakit kepala ini akan sering berlaku semasa anda bangun pada waktu pagi, ia akan menyebabkan kepala anda berasa pening.
Hal ini, merupakan satu petanda awal berlakunya ketumbuhan pada bahagian otak anda. Ketumbuhan yang kecil juga boleh menyebabkan sakit kepala yang sangat teruk apatah lagi pada ketumbuhan yang sudah besar.
2) Sawan
Ketumbuhan pada bahagian otak akan menyebabkan pergerakan seseorang itu menjadi tidak normal. Anda berkemungkinan boleh mengalami sawan diseluruh anggota badan. Risiko berlakunya sawan ini adalah berbeza-beza mengikut jenis tumor dan lokasi ketumbuhan dalam bahagian otak tersebut. Sawan merupakan kesan negatif untuk seorang pesakit kanser kerana ia akan menjejaskan aktiviti seharian mereka.
3) Kebas
Kehilangan deria rasa adalah sesuatu yang perlu diperhatikan. Kerosakan saraf juga menghalang aliran darah yang akhirnya mengakibatkan tubuh merasa kebas. Sesetengah barah otak menyebabkan kelemahan pada satu sisi badan iaitu tiada rasa apabila menyentuh sesuatu objek atau kesemutan di tangan dan kaki.
4) Berlakunya Masalah penghlihatan
Penglihatan menjadi kabur atau kehilangan penglihatan semuanya dikaitkan dengan kanser. Anda mungkin tidak akan menyedari perubahan kualiti penglihatan anda. Kanser otak adalah salah satu daripada banyak penyakit mata yang mengejutkan melalui diagnosis pertama.
5) Gangguan emosi
Pesakit yang menderita kanser otak boleh mengalami kemurungan atau kemarahan padahal mereka tidak pernah menunjukkan reaksi sebegini sebelum ini. Hal ini berkait rapat dengan kerengsaan ketumbuhan atau mampatan bahagian lobus depan otak. Pesakit juga mungkin mengalami perubahan tingkah laku termasuk menjadi lebih marah, agresif dan selalu gelisah.
Jika anda mempunyai salah satu atau kesemua tanda-tanda diatas, anda disarankan untuk segera berjumpa dengan doktor kerana bimbang masalah ini akan memudaratkan kesihatan anda.