Anwar Ibrahim Bakal Menerima Pengampunan YDP Agong Sultan Muhammad V – Tun M


Ketua PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dipenjarakan bakal menerima pengampunan diraja, kata Tun M.  Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bersedia memberikan pengampunan kepada Ketua .

Tun Dr Mahathir Mohamad memberi tahu perkara itu dimaklumkan padanya dalam pertemuan dengan Seri Paduka semasa istiadat mengangkat sumpah jawatan perdana menteri ke 7 di Istana Negara, Kuala Lumpur malam tadi.

Tun Mahathir berkata prosedur selanjutkan akan disusuli selepas ini, “Jadi kami akan melalui proses sewajarnya bagi memperoleh pengampunan buat Anwar,” – Menurut Tun M.

Pengampunan itu bakal membolehkan Anwar kembali ke kancah politik.

“Ia akan jadi pengampunan sepenuhnya, yang sudah bermaksud ia bukan sahaja diampunkan tetapi juga dibebaskan serta-merta selepas diampunkan. Selepas itu beliau bebas mengambil bahagian penuh dalam politik,” – menurutnya dalam sidang media di Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat