9 Tanda-Tanda Awal Strok Haba Yang Wajib Anda Ketahui


Strok haba atau juga dikenali sebagai “heat stroke” berlaku apabila badan gagal berfungsi secara normal. Badan akan mengalami keletihan dan kita tidak dapat mengawal badan kita secara sendiri. Strok haba boleh menyebabkan sistem badan menjadi lemah dan tidak bermaya dengan suhu boleh mencecah sehingga 41 darjah celcius dalam tempoh beberapa minit. Jika kita terlambat menyedarinya, nyawa kita boleh berada didalam keadaan bahaya. Jadi, saya akan kongsikan 9 tanda-tanda awal apabila strok haba melanda.

9 Tanda Strok Haba

  • Kerap Sakit Kepala

Jika anda selalu mengalami sakit kepala di musim panas ini, anda tidak boleh mengambilnya secara mudah. Sakit kepala merupakan tanda paling awal yang boleh kita rasakan apabila diserang strok haba. Sekiranya ia berlarutan sehingga beberapa jam, eloklah anda ke klinik atau hospital yang berdekatan untuk membuat pemeriksaan.

  • Mudah Hilang Fokus

Anda selalu sahaja mudah untuk hilang fokus apabila melakukan sesuatu kerja. Sebagai contohnya anda sedang memandu kenderaan diwaktu tenggahhari. Anda merasakan anda susah untuk fokus terhadap pemanduan anda. Rasa diri ibarat melayang-layang di tengah padang luas. Anda sepatutnya berhenti rehat seketika dan sambung pemanduan setelah rasa selamat.

  • Lidah Menjadi Bengkak

Tanda fizikal yang boleh kita lihat ialah pada lidah seseorang. Lidahnya menjadi bengkak dan kemerah-merahan semasa diserang strok haba.

  • Suhu Badan Melebihi 39 Darjah Celcius

Strok haba akan menyebabkan anda mengalami demam panas yang suhunya boleh mencecah melebihi 39 darjah celcius. Jika anda merasakan itu hanyalah demam yang biasa, anda dalam bahaya. Suhu badan manusia biasanya hanya 36 darjah celcius. Jika sampai 39 atau 40 darjah celcius, pergilah jumpa doctor untuk dapatan ubat dan nasihat.

  • Nadi Berdenyut Laju

Jika anda sudah mengalami demam yang panas, tanda berikutnya ini akan meningkatkan lagi peratusan anda untuk diserang strok haba. Anda merasakan denyutan nadi tidak seperti biasa. Denyutan nadi anda akan menjadi laju tanpa melakukan perkara fizikal.

  • Tekanan Darah Rendah

Apabila anda selalu merasakan pening dan lemah badan walhal anda tidak pun melakukan kerja yang berat, anda mungkin mengalami tekanan darah rendah. Tanda ini akan muncul apabila strok haba menyerang walaupun sebelum ini anda tidak pernah mengalami tekanan darah endah

  • Badan Lesu Dan Kerap Pengsan

Tubuh badan anda akan merasa lesu untuk membuat kerja. Lebih teruk lagi, anda mungkin akan pengsan kerana berasa tidak berdaya. Strok haba boleh menyebabkan sistem imunisasi badan kita terganggu.

  • Badan Tidak Berpeluh

Anda sedang berada didalam kawasan yang panas tetapi anda tidak berpeluh. Tanda ini mudah dikesan tertutamanya orang yang sedang mengalami demam yang sangat panas akibat daripada strok haba.

  • Kulit Kering Dan Kemerah-kemerahan

Tanda terakhir yang boleh dilihat ialah kulit anda akan menjadi kemerah-kemerahan. Kulit anda kelihatan kering seperti kurang minum air. Jika tanda-tanda ini ada pada diri anda, sila dapatkan rujukan daripada doktor atau pakar yang berkaitan.

Tag:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat