8 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Open Di Media Sosial
Ramai yang tidak tahu atau ambil peduli tentang keselamatan mereka ketika berada di medan media sosial. Terdapat banyak perkara yang perlu diambil tahu oleh masyarakat termasuklah antara 8 perkara yang perlu anda tahu sebelum open di media sosial.
Sedar atau tidak, pendedahan diri dalam kalangan masyarakat Malaysia di media sosial tidak asing lagi. Dengan hanya satu butang post mampu membuatkan diri kita dalam keadaan tidak selamat walaupun kita tidak sedari yang mampu memberikan ruang untuk penjenayah merompak diri kita dengan bantuan kita sendiri.
Jadi di sini, saya nak ambil kesempatan untuk kongsikan beberapa tips keselamatan di facebook kepada anda semua, terutamanya wanita. Tiada kaitan dengan kes tersebut, cuma saya nak kongsikan.
Berikut merupakan 8 perkara yang perlu anda tahu sebelum open di media sosial:
1. Kurangkan Selfie
Kita tidak tahu kalau-kalau selama ini tiap kali awak post gambar, ada mata yang sentiasa memerhati. Dah lama jatuh cinta dengan awak. Dah lama imagine nak “bersama” awak. Nak jadikan awak milik dia. Jangan kata mustahil, zaman sekarang ni manusia makin gila.
2. Jangan Check In Rumah Sendiri.
Tolonglah jangan check in alamat sendiri sebagai contohnya No.1 jalan 2, Taman Tas, kuantan. Bila-bila masa orang boleh datang rumah awak.
3. Jangan Up Status Tinggal Sorang Kat Rumah.
Dah lah check in alamat sendiri, siap bagitahu dunia tengah sorang-sorang kat rumah. “Boringnya. My habibi out station lagi. Tinggal dengan anak bulus je. Ada yang nak teman?” Haaa…jap lagi ada yang datang betul-betul baru tahu erti penyesalan. Kalau yang jenis tak pernah check in alamat sendiri, pun perlu elakkan bagitahu awak tengah keseorangan. Sebab apa? Ada je kawan diluar alam maya yang tahu rumah awak dan tak semuanya baik
4. Jangan Post Nombor Plat Kereta.
Ye tahu kereta tu atas nama awak. Hasil titik peluh awak. Kalau nak post gambar, at least tutup no plat. Bahaya. Dari no plat sahaja boleh tahu semua personal details kita. Kalau info tu dapat kat orang jahat? Macam-macam diorang boleh buat terhadap.
5. Jangan Sibuk Nak Check In Semua Tempat Yang Awak Pergi.
Sampai pejabat check in, tingkat 73 klcc. Lunch check in, kedai mamak belakang klcc. Habis kerja, pergi jogging check in taman klcc. Nak balik rumah check in jem kat akleh sambil selfie nampak muka cantik & lambang kereta mahal kat stereng. Sampai rumah check in, sampai dah my home sweet home no.38-4-7 kondo mewah, jalan orang kaya, kl.
Bahaya! Bahaya! Bahaya! Nak-nak lagi kalau status tu setting public. Satu dunia boleh tengok.
6. Hadkan Apa Yang Perlu Dikongsi Di Facebook.
Baru beli gelang emas lip lap lip lap macam mami jarum, tak payah post kat fb. Dapat bonus rm10k seeloknya jangan up kat fb. Jangan terlalu pamerkan kemewahan dan kekayaan awak di fb. Bukan sebab taknak orang kata riak, itu isu lain. Tapi demi keselamatan awak.
7. PASANG CCTV, AUTOGATE
Yang selalu balik kerja sorang-sorang tu hati-hati, lagi-lagi buka pintu kunci pintu gate sorang-sorang, kalau boleh balik jangan malam-malam, penjenayah berlaku tidak ikut waktu. Sarankan pakai sistem autogate dan cctv, ada yang murah pun sekarang ada cctv canggih yang boleh pantau melalui phone, suami selalu outstation beringatlah. Kes ni dah banyak berlaku banyak tempat.
8. Bawalah Kunci Remote Kereta Anda Di Tepi Katil.
Jika anda syak macam ada perompak baru nak masuk, boleh bunyikan alarm kereta. Ia dapat membantu anda mengejutkan jiran-jiran anda jika ditimpa musibah.
Tak perlukan alarm yang mahal untuk menakutkan perompak, alarm kereta ada.
Tonton video dibawah berkaitan tanggungjawab atau keselamatan semasa menggunakan media sosial: