Perihal Peluang Kerja Di Kilang Atau Ladang Di Korea Selatan : Perkara-perkara Dan Risiko Yang Perlu Anda Tahu
Sebagai rakyat Malaysia yang telah lebih 10 tahun menetap di Korea dan tahu sedikit sebanyak tentang undang-undang dan budaya kerja di sini, saya rasa terpanggil untuk membuat penjelasan tentang perkara ini untuk manfaat bersama.
Sejak akhir-akhir ini saya selalu menerima mesej(pm)/inbox melalui facebook bertanyakan dan meminta saya mencari peluang kerja kilang @ ladang korea. Saya minta maaf banyak-banyak sebab saya bukan ejen pekerjaan, Semalam pula telah tular video tentang seorang pemetik kubis di Korea yang mendakwa dapat gaji dalam RM 11000 selepas sebulan lebih bekerja.
Sebelum saya menulis panjang tentang entri kali ini, tujuan saya menulis entri ini bukanlah untuk menutup periuk nasi anda yang sedang bekerja disini. tetapi adalah untuk memberi panduan dan juga peringatan kepada anda di Malaysia yang ingin datang bekerja di kilang atau ladang di Korea dengan visa pelancong. Semoga bermanfaat untuk kita semua.
Kebelakangan ini banyak pihak ejen pekerjaan yang menawarkan peluang kerja di Korea secara melancong dengan menjanjikan gaji yang lumayan. Sebelum anda membuat keputusan untuk datang bekerja di sini, silalah membuat sedikit kajian dan bertanya kepada sesiapa yang pernah menetap di Korea kerana pihak ejen kebiasaanya akan hanya memberikan khabar-khabar indah sahaja dan jarang menerangkan risiko-risiko yang akan anda hadapi jika datang bekerja di sini.
DI BAWAH INI SAYA SENARAIKAN BEBERAPA PERKARA YANG PERLU DIFIKIRKAN SEBELUM ANDA DATANG BEKERJA KILANG @ LADANG DI KOREA SELATAN
1. STATUS RAKYAT MALAYSIA YANG BEKERJA DI KILANG ATAU LADANG DI KOREA SELATAN
Biasanya pihak ejen akan membuat iklan bekerja secara melancong. Ingin saya ingatkan anda datang ke Korea dengan menggunakan visa melancong @ lawatan sosial.
Tujuan visa melancong dikeluarkan adalah untuk memberi anda tempoh waktu untuk melancong di Korea dengan masa maksimum 90 hari dan pihak kerajaan Korea berharap anda akan BERBELANJA wang anda di Korea kerana ini dapat menjana pendapatan rakyat tempatan.
Kesimpulannya, bekerja di Korea dengan menggunakan visa melancong adalah HARAM dan merupakan kesalahan dari segi undang-undang imigresen Korea. Sekiranya berlaku serbuan oleh pihak imigresen ketika kau sedang bekerja,bersedialah untuk masuk depot tahanan dan anda akan dihantar pulang ke negara asal masing-masing dan dilarang untuk memasuki Korea selama beberapa tahun.
Setakat ini ramai rakyat Malaysia yang datang ke Korea selama 90 hari, pulang ke Malaysia sekejap dan dan datang kembali untuk bekerja. Perkara ini mungkin belaku selama beberapa tahun. Ada juga yang overstay. So behave.
2. EJEN YANG MENAWARKAN FOREIGN IDENTITI CARD (ID) UNTUK SESIAPA YANG TIDAK MAHU BERULANG ALIK KE MALAYSIA
Saya mendapat maklumat ada ejen yang menawarkan khidmat membuat ID Korea dengan bayaran 600000-100000 KRW melalui orang tengah. Dengan ID ini konon-kononnya anda telah menjadi penduduk Korea yang sah untuk bekerja.
Perlu diingatkan, rakyat Malaysia tidak akan ditawarkan Visa/permit non-skilled worker/E-9 jika bekerja didalam job skop yang dikategorikan sebagai 3D (Dirty, Demeaning, and Dangerous) job di Korea. Hanya rakyat dari negara (Philippines, Mongolia, Sri Lanka, Vietnam, Thailand, Indonesia, Uzbekistan, Pakistan, Cambodia, China, Bangladesh, Nepal, Kazakhstan, Myanmar and East Timor) yang mempunyai MOU dengan Kerajaan Korea untuk menhantar pekerja tidak mahir ke Korea akan dikeluarkan visa pekerja tidar/kurang mahir (E-9)
Kebiasaanyan dengan bayaran yang disebut di atas, pihak ejen akan menolong anda untuk memohon visa G-1 yang jatuh dalam kategori VISA PENEMPATAN SEMENTARA untuk orang-orang yang memohon perlindungan suaka atau dalam kata lain visa untuk PELARIAN. DIingatkan Lagi visa G-1 adalah visa perlindungan Sementara bukannya VISA/PERMIT KERJA. (Dengan adanya ID Korea, kelebihannya hanya anda tidak perlu berulang-alik ke Malaysia setiap 90 hari sekali. Sebagai rakyat Malaysia, untuk bekerja di Korea secara sah, anda perlulah memohon permit kerja sebagai professional* iaitu kebiasaannya kategori E-7,E-6,E-2 dsb bukannnya G-1.)
*Kerja professional adalah seperti Engineer, manager bank, teacher,lecturer etc)
Pihak ejen biasanya akan membawa anda ke pihak United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) Korea dan meminta anda mengisi borang.
Selepas itu anda akan diminta membuat pengakuan palsu yang anda adalah dari golongan LGBT, syiah dsb dan kalau pulang ke Malaysia, mungkin anda akan diburu oleh pihak berkuasa Malaysia.
Atas sebab ini, pihak UNHCR akan membuat surat sokongan untuk anda mendapat perlindungan di Korea. Kebiasaanya pihak Korea akan memberi anda visa G-1 ini atas dasar kemanusiaan ( Negara Korea adalah negara yang mementingkan dasar kemanusiaan). Visa G-1 ini biasanya akan diberi salama 6 bulan dan boleh diperbaharui setiap 6 bulan selama tempoh maksimum 2 tahun.
Visa ini diberi sementara menunggu pihak UNHCR memproses permohonan anda untuk menjadi PELARIAN yang diiktiraf. Diingatkan bahawa peluang untuk menjadi pelarian yang dikitiraf adalah tidak mudah kerana sgt sedikit dari mereka yang memegang visa G-1 akhirnya mendapat taraf pelarian selepas dinilai oleh pihak UNHCR.Dengan pengakuan palsu yang anda buat, macam tak ada harapan je mahu tinggal di Korea selepas tempoh 2 tahun . Rasa Malaysia ni bukanlah negara yang berperang cam Syria ke , Myammar ker. Mana adanya peluang nak dapat PR pun.
Yang menjadi persoalan sekarang , sekiranya pihak kerajaan Malaysia mendapat tahu anda memohon menjadi pelarian. Saya tidak pasti apa tindakan yang akan diambil jika anda pulang ke Malaysia nanti. Tepuk dada tanyalah pihak berkuasa Malaysia untuk maklumat lanjut.
Setakat ini mengikut data imigresen Korea, rakyat Malaysia yg mempunyai visa G-1 sudah beratus orang dan semakin bertambah. Saya jugaL khuatir jika perkara ini berterusan, imej Malaysia dia sini akan terus rosak.
3. JENIS-JENIS PELUANG PEKERJAAN DAN RISIKO KEMALANGAN KETIKA BEKERJA ATAU JATUH SAKIT
Kebiasaanya kerja-kerja yang ditawarkan adalah jenis kerja 3D atau non-skilled job seperti kerja di kilang besi, buruh binaan, kerja ladang kobis, kilang kimchi, jadi pelayan restaurant(yg ni biasanya ramai Korean Chinese) dsb. Kerja kerja 3D ni merbahaya dan berisiko tinggi.
Sama seperti kita di Malaysia, orang tempatan tidak ingin bekerja keras seperti ini lagi, jadi kebiasaanya kerja-kerja 3D dan low paid job diisi oleh pekerja asing dari Indonesia, Bangladesh, Tanah besar China , Vietnam dan seangkatan.
Dengan ini memang berlaku kekurangan tenaga kerja didalam sector ini, maka berpusu-pusulah ejen menawarkan kerja di Korea mencari rakyat asing yang sanggup datang bekerja dan mengambil risiko.
Tapi malang tidak berbau kan, mungkin anda pernah terbaca atau terdengar mengenai kisah mereka yang sedang bekerja di Kilang atau ladang yang memerlukan sumbangan untuk membiayai kos rawatan hospital di kerana tetiba jatuh sakit atau tercedera(tangan terpotong, kaki terpotong dsb) semasa bekerja.
Perlu diingatkan bahawa anda datang berkerja tanpa permit yang sah, pihak majikan hanya memberi anda gaji hari dan tidak terikat untuk memanggil anda untuk bekerja pada hari esok jika dia tidak berpuas hati dengan anda.
Anda juga tidak akan dapat membuat sebarang kontrak bertulis yang sah di sisi undang-undang korea.Dengan itu, sebenarnya anda tidak dilindungi dengan insuran nyawa dan kemalangan dan pihak majikan tidak perlu bertanggung jawab sekira berlaku kemalangan.
Anda mungkin terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan. Jikalau majikan ada bayar sekalipun mungkin untuk kos rawatan penyakit yang tidak terlalu serius.
Saya kadang rasa kesal sebab ramai rakyat kita yang tidak tahu issue akan terus mengecam kedutaan Malaysia jika lambat memberi pertolongan. Perlu di ingatkan, disebabkan status anda yang bekerja tanpa permit yang sah, agak sukar untuk pihak kedutaan memberi pertolongan yang sepatutnya atas dasar diplomasi.
4. PENIPUAN OLEH MAJIKAN, KEPALA KONTRAK DAN LAIN-LAIN
Masalah yang selalu saya dengar dari bekas-bekas rakyat kita yang pernah kerja di sini adalah seperti gaji tak dibayar penuh, gaji kena tahan, gaji kena tolak dengan benda-benda tak masuk akal dan sebagainya. Kalau tak puas hati pun kita tak boleh nak dakwa kerana tak ada kontrak bertulis yang sah.
5. TARAF ANDA SEMASA KERJA KILANG DI KOREA
Kalau di Malaysia,pihak majikan selalu pandang rendah kepada pekerja-pekerja dari Indonesia, Bangladesh dsb. Ingatlah, kalau anda datang bekerja di sini tulah taraf anda. Takyah lah nak eksyen sangat ngan saudara anda dari Indonesia. Sama taraf je kita kat sini di depan majikan Korea. Silap hari bulan orang Thailand, orang Bangladesh, orang Tanah Besar China yang jadi supervisor anda.
Lagi satu budaya kerja di Korea mementingkan produktiviti dan kepantasan. Sekiranya anda bekerja secara slow dan steady, bersedialah untuk kena maki hamun. Ayat yang paling anda akan selalu dengar masa kerja ialah “Palli palli” yang bermaksud cepat-cepat. Pandai-pandailah kau bawak diri dan prepare mental dan fizikal.
Jika anda terfikir yang kerja kilang di Korea ini adalah sesuatu yang sama macam kerja kilang di Malaysia yang ada uniform lengkap, naik bas bersama-sama, boleh mengular masa kerja dan sebagainya, sila fikir kembali niat anda itu.
6. TAWARAN GAJI YANG LUMAYAN KALAU DITUKAR KEPADA MATA WANG MALAYSIA
Mungkin anda terus tertarik dengan janji gaji lumayan sehingga boleh mencecah RM10000 sebulan.
Sebenarnya pekerja asing yang tak ada pengalama da skill ni di bayar gaji minimum per jam sahaja. So usually untuk mereka yang bekerja di kilang mungkin boleh dapat dalam 1.4 juta won(lebih kurang rm5000) sebulan.
Biasanya ejen akan cakap gaji boleh mencecah 10000 sebulan jika rajin bekerja. Makna rajin bekerja ni adalah jika anda rajin bekerja kuat dan selalu overtime dan kerja anda juga berisiko tinggi dan merbahaya.
So gaji yang lebih besar akan dibayar kerana kerja sangat merbahaya dan memenatkan. Sebagai contoh dalam 8000/1 jam. Kalau bekerja 10jam sehari dah dapat 80000 won, kalau 16jam sehari dah 128000. Kerja 6hari seminggu 128k x 4 ×6 = 3072000 won (lebih kurang 11 ribu)
Persoalannya, sanggupkah anda bekerja dengan teruk seperti mana anda tengak rakyat Indonesia/ bangaladesh tinggal di Malaysia. Tinggal pulak di rumah kongsi. Tepuk dada tanya selera.
Anda juga perlu ingat gaji anda dibayar dalam duit won. Nilai 1000 won bersamaan dalam RM3.70. Dan nilai 1000 won ni macam seringgit je kalau guna di Korea. Cost of living di Korea ni tinggi, gaji pekerja kilang ni korea ni “ciput” jer sebenarnya untuk rakyat tempatan.
7. RISIKO EJEN MENCARI KERJA YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB
Untuk pengetahuan anda, terlalu banyak ejen-ejen pekerjaan yang menawarkan kerja di Korea dan dikalangan mereka adalah Rakyat Malaysia sendiri.
Kebiasaannya mereka sudah mempunyai sedikit pengalaman bekerja di sini, atau kenal ejen Korea dan mempunyai maklumat tentang kilang atau ladang yang memerlukan pekerja dengan segera.
Dengan alasan mahu menolong rakyat Malaysia mencari kerja, mereka mengenakan bayaran sekitar RM2500-RM3500 untuk setiap orang yang berminat sebagai upah untuk mereka menguruskan perjalanan anda ke Korea.
Ada kes di mana mereka yang baru tiba di lapangan terbang tidak diambil oleh ejen seperti yang dijanjikan sebelum ini. Akibatnya, mereka terkontang-kanting sendiri di kawasan lapangan terbang tanpa arah tujuan.
Ada juga yang kerja dijanjikan tak ada dan di bawa ke tempat lain.
Namun tidak semua ejen yang scammer, ada jer yang betul bagi kerja. Jika masih lagi ingin mengammbil risiko untuk datang , anda perlulah membuat sedikit kajian dahulu.
Saya rasa inilah beberapa perkara yang perlu anda fikir sebelum datang bekerja di Korea. Saya bukan pihak immiresen untuk melarang anda datang bekerja tanpa permit di sini, dan saya faham sangat keadaan ekonomi Malaysia sekarang menyebabkan ramai yang mahu bekerja di luar negara.
TETAPI SEKIRANYA ANDA MASIH MAHU MENGAMBIL RISIKO DAN DATANG BEKERJA, SILA AMBIL BERAT PERKARA DI BAWAH
1. Bersedia dari segi mental dan sanggup mengambil risiko
Anda datang bekerja di sini tanpa permit, anda perlulah bersedia dari segi mental dan sangup mengambil segala risiko.
Janganlah nanti dikemudian hari jika berlaku kemalangan atau jatuh sakit, barulah anda mencari ehsan rakyat malaysia yang gaji tak sebesar di Korea untuk membantu anda membayar bil hospital.
Saya taknak lah nanti anda susah disini nanti, tiada siapa yang sudi monolong. Kesian nanti keluarga di Malaysia.
Orang kata, masa dapat gaji besar “poyo” jer dengan gaji, tapi kalau dah sakit baru nak ingat dunia.
2. Janganlah selalu update status facebook/sns anda tentang kerja yang anda buat di korea
Ingatlah anda tiada permit yang sah, senanglah pihak berkuasa mahu mengesan dan menangkap anda. Silap hari bulan, esok masuk depot tahanan. Kalau tak pun rakyat malaysia yang duduk diam-diam bekerja pun kena tempias disebabkan perbuatan “poyo” anda.
Kebelakangan ini juga, saya dengar ramai rakyat Malaysia yang datang melancong ke Korea turut di sekat dan dihantar pulang kerana pihak imigresen suspek mahu datang bekerja. Lama lama nanti cam Australia lah kot.
3. Tinggallah perangai buruk anda di Malaysia dan jagalah penampilan.
Maaf berkata tapi rata-rata yang saya jumpa berpakaian tidak kemas dan selekeh atau pun ala-ala kumpulan rock ataupun budget hebat. Ngan ramput panjang tak terurus lagi, tak pun rambut perang tapi muka hitam legam.
Lepas tu berkumpul ramai-ramai di kedai makan atau tepi jalan sambil tengok awek korea. Lepas tengok ramai dan buat bunyi acah-acah mahu mengorat awek macam kat Malaysia.
Ketahuilah anda bahawa dengan pemakaian dan perangai seperti tu, orang korea pandang anda sebelah mata je. Samalah seperti orang malaysia pandang pekerja indonesia/bangladesh jer.
Wife saya pun cakap benda sama setiap kali pergi itaewon dan berjumpa dengan rakyat malaysia yang bekerja di sini. Buat malu jer.
Janganlah merosakkan imej Malaysia.
Saya sebenarkan sangat galakkan anda keluar pergi dan menimba pengalaman di tempat orang, tapi datanglah secara sah. Barulah hidup aman.
Akhir kata, semoga entri ini bermanfaat kepada anda. Sudi-sudilah share untuk bagi peringatan bagi sesiapa yang mahu datang bekerja Kilang atau ladang di Korea.
Terima Kasih kepada Mohd Hazwan dan Afnan Nazren kerana turut memberi input untuk saya menyiapkan entri ini.
Maasalamah,
Muhamad Khalid Bin Ismail,
Suwon, Gyeonggi-do, South Korea
26 Dec 2017,
PS : InsyaAllah nanti kalau ada masa, saya sharekan tip-tip untuk sesiapa yang mahu bekerja secara professional di Korea.
Gambar ini diambil semasa saya berbual dengan rakyat malaysia yang pernah terkena ACL dan putus jari semasa bekerja sebuah kilang di Korea pada musim panas lalu. Gambar kedua rakyat malaysia yang jatuh sakit semasa bekerja di sini.
Apa benda la wehh
“.. Terima kasih banyak .. Sya pun Ada bnyak pujukan Dari rakan2 kononnya kerja d Korea ni gaji tinggi .. Tpi mmg sya xnak la , sbb pikir bnyak benda .. Risiko tinggi .. Sya skrg bekerja sebagai pro make up artis ..kalau Ada peluang saya teringin bekerja d Korea tetapi dibahagian backstage make up artis .. Sya nak tambah pengalaman Dlm bidang Sya
Soalan mcm mana nak bekerja secara sah Dan selamat di korea?
Mcm mna cara sya ingin bekerja secara sah di korea
Boleh tahu jenis jenis kerja profesional di korea dan bagaimana hendak memohon visa bagi kerja profesional ?
Saya nak tahu pasal kerja sah dekat korea taknak lah yang tak sah ni
Bagaimaba untuk dptkn pekerjaan sah atau professional di korea