“Nak, mak teringin nak pakai Telekung Siti Khadijah, ini 11 keistimewaannya nak”, bisik Mak Limah
Ramai yang sudah sedia maklum bahawa keselesaan dalam solat merupakan salah satu elemen yang harus diberi penekanan oleh kita sebagai umat Islam. Terdapat banyak perkara yang menyumbang kepada keselesaan kita semasa solat. Salah satu di antaranya adalah dengan memilih telekung atau pakaian solat yang selesa. Contohnya seperti telekung Siti Khadijah (SK).
Telekung Siti Khadijah adalah jenama pakaian solat wanita yang terkemuka di Malaysia dengan reka bentuk wajah yang unik dan inovatif
Memang tidak dinafikan, rata-rata pengguna telekung Siti Khadijah berpuas hati dengan kualiti keluaran produk tersebut dan sangat selesa digunakan untuk beribadah.
Apabila kita berada dalam keadaan selesa, insyaAllah ia akan membantu kita untuk khusyuk dalam setiap solat kita kerana tiada gangguan dari elemen luar seperti rasa panas, berpeluh dan bau yang kurang menyenangkan.
Di samping itu, telekung ini sesuai dipakai untuk beribadah dalam tempoh yang lama seperti solat tarawih. Terutamanya jika ingin mengerjakan haji atau umrah di tanah suci Mekah yang cuacanya boleh mencecah sehingga 40 darjah celcius. Ia memberi keselesaan kepada jemaah dan tidak panas.
Kelebihan Telekung Siti Khadijah
- Dihiasi corak sulam yang minimal namun tetap nampak feminin, cantik dan kemas
- Fabrik yang sangat selesa dan lembut seperti kapas
- Tidak terlalu tebal dan tidak juga nipis (tidak jarang)
- Tidak perlu memakai anak telekung (anak rambut tidak akan terkeluar).
- Mengikut bentuk muka si pemakai. Ianya sangat selesa dan tidak akan meninggalkan apa-apa tanda walaupun dipakai dalam tempoh yang lama.
- Material kain yang digunakan pada bahagian dagu adalah untuk “perfect fit” dan menambah keselesaan ketika beribadah.
- Tidak perlu menggunakan pin
- Kain yang sejuk. Anda tidak akan berasa panas atau rimas.
- Tidak perlu risau ditiup oleh angin kipas
- Mudah dipakai dan ringan. Sesuai dibawa ke mana-mana untuk wanita yang sering melancong.
- Sesuai dijadikan sebagai hantaran atau hadiah untuk ibu, isteri, saudara mara dan sahabat karib
Buat pengetahuan semua, telekung Siti Khadijah adalah jenama pakaian solat wanita yang terkemuka di Malaysia dengan reka bentuk wajah yang unik dan inovatif. Selain itu, pelbagai produk yang dikeluarkan juga menggunakan material kain yang sangat berkualiti. Rata-rata pelanggan yang telah mencuba berpuas hati, dan memberikan feedback yang baik tentang produk telekung SK.
Keistimewaan Telekung Siti Khadijah:
Pada yang mencari telekung untuk dijadikan hadiah buat ibu, kenalan atau sanak saudara. Bolehlah singgah ke Butik Siti Khadijah, atau melalui website www.sitikhadijah.com.
7-61-3A, Jalan Medan Pusat Bandar 8A,
Bangi Sentral, 43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor
Email: sk@sitikhadijah.com
Phone: +6010 6000 864