MRT Mangsa Vandalisme Rakyat Malaysia
Beberapa hari lepas, Malaysia telah berjaya mencatat sejarah dengan melancarkan Mass Rapid Transit (MRT) dengan jayanya. Sebagai rakyat negara ini, pasti anda semua bangga dengan adanya fasiliti yang bertaraf dunia dan juga boleh dikelaskan sebagai kemudahan dunia kelas pertama.
Namun, adakah rakyat Malaysia mempunyai mentaliti kelas pertama untuk seiringan dengan kemudahan yang di sediakan?
Tidak sampai seminggu MRT dilancarkan, kemudahan tersebut sudah menjadi mangsa vandalisme.
Perkara itu didedahkan oleh pengguna Facebook Najmuddin Abdullah yang juga Pengarah Strategik Komunikasi dan Pihak Berkepentingan MRT Corp dengan berkata beliau sangat kecewa apabila kemudahan itu menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab.
Menurut Najmuddin, dia melihat banyak kesan calar di dinding dan juga tempat duduk MRT, selain tandas juga turut mengalami kerosakan.
Malah, dia turut melihat batang penyapu dan lampu ‘spotlight’ di atas bumbung berdekatan pintu keluar Bukit Bintang.
“Kita memberikan kemudahan kelas pertama tetapi jika masyarakat tidak bersedia untuk menerimanya dengan mentaliti kelas pertama, kita akan kehabisan bayak wang dan masa untuk melakukan kerja penyelenggaraan.” tulis Najmuddin.
Sejumlah kira-kira 100,000 penumpang menggunakan laluan MRT Sungai Buloh-Kajang pada hari pertama ia beroperasi pada 17 Julai lalu.
Fasa pertama laluan berkenaan meliputi Sungai Buloh ke Semantan dibuka pada Disember lalu dan mempunyai 2.7 juta penumpang- yang mana sebanyak 15,000 penumpang harian dalam sehari.
Setakat ini, kira-kira RM10,000 digunakan bagi menampung kos pembaikan kerosakan akibat vandalisme pada lima hari pertama MRT-SBK beroperasi
Sama-samalah kita menjaga harta benda awam agar rakyat Malaysia tidak lagi dilabel mempunyai minda kelas ketiga.
Sumber: siakapkeli, malaysiakini, harian metro