Berhentilah Merokok
Anda tentu sudah tahu bahawa merokok berbahaya untuk kesihatan paru-paru. Tapi, tahukah anda bahawa merokok juga dapat meningkatkan risiko darah tinggi dan penyakit jantung?
Nikotin yang terkandung dalam rokok adalah penyebab masalah terbesar. Nikotin meningkatkan tekanan darah dan degup jantung, menyempitkan saluran darah dan membuat darah lebih cenderung untuk membeku. Ini akan menekan jantung anda dan meningkatkan risiko serangan jantung serta strok.
Jika sampai saat ini anda masih merokok, berhentilah merokok, demi menyelamatkan hidup.
Adapun bagi anda yang bukan perokok, jangan lupa bahwa perokok pasif pun memiliki risiko kesihatan.
Cara untuk berhenti merokok
Selain keinginan yang kuat, sokongan dari luaran juga diperluan untuk si perokokberhenti merokok. Berikut adalah beberapa tips untuk berhenti merokok yang boleh anda lakukan:
1. Pilih tarikh untuk berhenti merokok. Maklumkan hal ini pada keluarga anda.
2. Tuliskan alasan untuk berhenti merokok. Kemudian, bacalah alasan ini setiap hari.
3. Tuliskan apa boleh menyebabkan anda ingin merokok? Apakah hanya dalam situasi tertentu? Apakah jika saat bersama orang tertentu? Ataukah ketika anda beremosi?
4. Sibukkan diri dengan aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengganti rokok.
5. Bergabunglah dengan komuniti-komuniti yang berhenti merokok. Anda akan merasa kuat untuk meneruskan perjalanan anda ketika berada dalam lingkungan orang-orang yang sama.
7. Jangan pernah membawa rokok bersama. Dan juga lighter.
8. Anda tinggal dengan perokok-perokok tegar? Minta pada mereka untuk tidak merokok di sekitar anda atau menawarkan rokok kepada anda.
9. Jangan fokus pada kesulitan yang dihadapi. Fokus dan fikirkan kesihatan tubuh anda.
10. Ketika dalam keadaan yang terasa sangat ingin merokok, tarik nafas dalam-dalam, tahan buat sementara waktu, dan lepas secara perlahan-lahan. Lakukan teknik ini berulang kali hingga keinginan untuk merokok hilang.
11. Sibukkan tangan anda. Main permainan di smartphone boleh membantu jika anda sedang melepak bersama kawan-kawan atau sibukkan diri dengan kerja-kerja lain.
12. Berjalanlah di udara terbuka atau membaca buku sebagai ganti merokok.
13. Usahakan untuk menghindari tempat, orang, atau situasi yang membuat anda ingin merokok.
14. Saat anda merindukan rokok, makan makanan yang rendah kalori, seperti lobak rebus atau gula-gula yang pedas.
15. Jangan minum minuman beralkohol dan kafein yang boleh membuatkan anda merokok.
16. Bersukan. Ini baik untuk membuat Anda lebih rileks.
17. Dapatkan sokongan. Beritahu kawan dan keluarga sekitar anda bahawa anda sedang berusaha untuk berhenti merokok.
Apa yang akan terjadi saat berhenti merokok?
Awalnya, pastilah ianya sangat sulit. Anda akan sangat menginginkan rokok, merasa lebih lapar dari biasanya, lebih sering batuk, sakit kepala, hingga sukar untuk fokus. Ini adalah tanda-tanda tubuh anda menginginkan nikotin yang merbahaya itu kembali.
Saat paling sukar adalah pada hari pertama anda mengambil keputusan untuk berhenti merokok hingga sepuluh atau empat belas hari berikutnya. Di masa-masa itu, cubalah untuk mengawal diri.
Ingat kembali dan fikirkan tujuan utama anda, ingatkan diri anda bahawa ini adalah tanda tubuh dalam tahap penyembuhan dan bebas rokok.
Kebanyakan orang yang berusaha untuk berhenti merokok mestilah bertahan dan jangan pernah menyerah. Anda akan merasakan manfaatnya ketika berhasil melepaskan diri dari rokok yang bahaya untuk anda dan keturunan-keturunan anda itu.