Sebab Period Lambat Datang
Period atau haid sinonim dengan wanita. Tapi, period lambat datang? Apakah puncanya? Apa yang anda lakukan akan mempengaruhi period anda. Jangan dibuat main jika lambat. Jika bukan masalah hormon, bimbang ada penyakit lain yang menyinggah.
Kami kongsikan kepada anda antara sebab-sebab kenapa period lambat datang:
1. Pengambilan pil perancang untuk jarakkan kehamilan
- Pengambilan pil perancang sangat popular tetapi tahukah anda akan kesannya terhadap kitaran period anda.
2. Perubahan berat badan yang naik secara mendadak
- Tubuh yang mengalami kenaikan berat badan akan mengalami gangguan hormon dan gangguan period.
3. Tekanan perasaan yang sukar dibendung
- Tekanan akan menganggu kestabilan tubuh badan anda.
- Tekanan disebabkan oleh hormon GnRH yang kurang dihasilkan oleh tubuh anda dan akan menyebbkan kitaran haid tidak menentu.
4. Anak menyusu dengan susu badan
- Ibu akan berada dalam zon tidak subur secara semulajadi semasa anak menyusu.
- Pemberian susu badan kepada anak juga dapat membantu mengecutkan rahim si ibu untuk pulih dengan lebih cepat dan dapat menjarakkan kehamilan untuk yang baru bersalin.
5. Pra-menopause yang sedang bermula
- Setiap wanita akan melalui tempoh menopause, iaitu putus haid.
- Untuk fasa ini, period anda mungkin akan lambat dari kebiasaan dan kurang berbanding sebelumnya.
6. Perubahan rutin kehidupan harian
- Terdapat sedikit perubahan dari apa yang anda selalu, ia perlukan masa untuk sesuaikannya.
7. Demam yang berlarutan
- Ketika demam. kitaran haid anda akan terganggu tetapi sekejap sahaja, dan ianya akan kembali pulih seperti biasa.
8. Masalah pada bahagian peranakan
- Jika kitaran haid anda terganggu sehingga beberapa bulan sekali, mungkin ada masalah yang anda tidak ketahui.
- Dapatkan nasihat daripada yang pakar.
9. Pertambahan aktiviti fizikal termasuk kuat bersenam
- Tubuh badan anda terkejut dengan aktiviti yang anda lakukan dan ia memerlukan masa untuk menyesuaikannya.
10. Berada dalam sebuah perjalanan yang jauh
- Ketika mengembara, tubuh badan anda akan berasa penat dan letih.
- Cuaca dan suasana sekitar juga akan mempengaruhi hal ini.
Berikut adalah sebab-sebab kenapa period anda lambat datang. Jika anda ada sebarang keraguan, rujuklah kepada yang lebih pakar. Jumpa dengan doktor anda.
Tag: kesihatan wanita period