(Penipuan) Hati-hati Dengan Kawan Anda
Sering terima mesej atau whatapps dari kawan anda yang ingin meminjam wang?? Jika ya, anda mungkin perlu lebih berhati-hati.
“Sesiapa yang menghilangkan atau melapangkan suatu kesusahan seorang mukmin di antara kesusahan-kesusahannya di dunia, maka Allah akan menghilangkan atau melapangkan suatu kesusahan di antara kesusahan-kesusahannya pada Hari Kiamat. Sesiapa yang memberikan kemudahan atas orang yang dalam kesulitan, maka Allah akan memberinya kemudahan di dunia dan akhirat.” (Hadis riwayat Mustaim, Abu Dawud dan Tirmidzi)
Hadis di atas jelas menunjukkan kelebihan orang yang melepaskan kesusahan orang lain termasuk memberi hutang.
Memberi pinjam wang tidak salah, malah dituntut dalam islam untuk menolong orang yang dalam kesulitan. Tetapi pada siapa yang anda beri hutang??
Kebelakangan ini, telah tular di media sosial tentang penipuan menggunakan aplikasi whatapps yang menyamar menjadi rakan anda dan meminta duit. Penipu akan menggunakan gambar profil kawan anda untuk lebih menyakinkan anda.
Ahmad Firdaus Abdullah telah berkongsi pengalamannya yang telah menerima whatapps yang mengaku sebagai kenalannya.
Hari ini ada orang menyamar menjadi kawan saya dengan meletak gambar beliau pada profile picture. Dan merayu saya bayarkan insurans kereta beliau sebanyak rm2 ribu.
Dan pemilik nombor ini juga rupanya menyamar menjadi saya dengan modus operandi yang sama iaitu dengan meminta supaya mereka membayar insurans kereta sebanyak rm2 ribu.
Bila saya call dia tak jawab, kata sibuk. Jadi saya call nombor kawan saya yang sebenar. Tiba-tiba kawan saya cakap ” weh , apsal nak pinjam rm2 ribu dengan aku ni ” . Dan saya rasa pelik . ” Aikk pelik.. bukan ke kau yang beria-ia nak pinjam rm2ribu dengan aku “.
Selepas temberangnya pecah, pemilik nombor ini terus block nombor saya.
Macam-macam cara orang menipu sekarang, halal haram letak belakang janii kenyang kat dunia. Hal ehwal akhirat tolak tepi dulu.. yang tu kira lepas mati esok-esok .
Selain dari perkongsian di atas, terdapat juga beberapa kes lain yang modus operandi yang hampir sama dengan menggunakan applikasi whatsapp.
Kesimpulanya, anda perlulah lebih berhati-hati jika menerima mesej atau whatapps daripada nombor yang tidak dikenali. Anda juga haruslah menyimpan nombor baru rakan-rakan anda untuk mengelakkan berlaku kekeliruan yang akan menyebabkan anda tertipu.
Sumber- Ahmad Firdaus Abdullah