Remaja Berusia 16 Tahun Sanggup Pukul Ibu Sendiri Kerana Wang
Video seorang remaja lelaki yang baru berumur 16 tahun tular di media sosial kerana telah memukul seorang wanita dipercayai ibunya sendiri kira-kira 9 pagi semalam
Seorang lelaki melalui laman Facebooknya semalam tadi telah memuatnaik sebuah video di mana meminta orang ramai supaya menyebarkan video berkenaan dan mencari seorang budak lelaki seperti di dalam video.
Menurut kepsyen yang dimuatnaik bersama video oleh pengguna Facebook bernama Jejaka Sereng.
Berdasarkan percakapan dalam video, remaja tersebut yang berpakai sekolah bertindak memukul ibunya dipercayai kerana tidak memberinya duit.
Dia kemudian dilihat selalu lagi cuba memukul ibunya dengan sebuah kerusi dan mengugut mahu menumbuk muka ibunya itu hingga lebam.