Aku Mahukan Pengakhiranku Dengan ‘Syahid’


 

Status yang dimuat naik Abdul Bari Asyraf Mohd mengundang rasa sebak netizen selepas dianggap sebagai seorang wira penyelamat.

Malah, semua warga internet mengakui cukup kagum dengan anak muda ini kerana sanggup bergadai nyawa demi menyelamatkan insan lain.

Melalui laman Facebook allahyarham yang menggunakan nama Pok Rok, beliau seakan-akan sudah tahu akan bagaimana pengakhiran hidupnya.

Dipetik daripada status yang dimuat naik Abdul Bari pada 5 Disember lalu, “Selamat tinggal kenangan dengan senyuman aku lepaskan kau pergi’ seolah-olah memberi petanda akan pemergiannya.

Abdul Bari yang berhempas pulas berenang untuk membantu dalam kejadian pacuan empat roda terjunam ke dalam Sungai Terengganu dilaporkan hilang sejurus berjaya menyelamatkan beberapa mangsa.

Seorang kawan allahyarham yang menggunakan nama Facebook Tengku Nadia Tengku Ahmad menyatakan Abdul Bari pernah bergurau dengannya bahawa dia bercita-cita untuk mati syahid. Gurauan itu mungkin dianggap satu jenaka dalam kalangan kawan-kawan allahyarham tetapi ia jawapan kepada perjalanan allayarham menuju kepada Sang Pencipta.

Netizen Turut Berduka Cita Atas Kehilangan Abdul Bari

 

Rata-rata pengguna laman Facebook menyatakan kesedihan mereka di ruangan komen Facebook Allahyarham. Walaupun tidak mengenali allahyarham tetapi mereka berasa dekat dan amat kenal dengan Abdul Bari.

Abdul Bari boleh diangkat sebagai wira negara kerana telah menunjukkan satu sikap yang begitu positif yang patut ada dalam diri setiap anak muda negara Malaysia.

Allahyarham Seringkali Bersembang Tentang Mati Syahid

Seorang lagi pengguna laman Facebook yang menggunakan nama pena Pok Kob yang juga bapa saudara allahyarham menyatakan bahawa Abdul Bari pernah bercita-cita untuk mati di jalan Allah. Ahli keluarga dan saudara terdekat juga mengetahui akan hal ini tetapi tidak menyangka hasrat anak muda ini dikabulkan oleh Allah s.w.t.

Indahnya kisah pemergian anak muda bernama Abdul Bari Asyraf Mohd ini. Solat jenazahnya yang diadakan di Masjid Kampung Gelang Patah, Wakaf Mempelam dipenuhi penduduk setempat. Sembahyang jenazah allahyarham ibarat sembahyang Jumaat. Dua tingkat masjid tersebut dipenuhi dengan insan-insan yang ingin mendoakan allayarham.

Tenanglah dikau disana wahai pejuang negara, Abdul Bari Asyraf Mohd. Ganjaran syurga menanti buatmu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat