“Nilah Orang-Orang Bandar. Tak Kenal Biji Getah! ” – Netizen Kongsi Pengalaman Main Dengan Biji Getah Masa Budak-Budak. Boleh Makan Rupanya Biji Ni !


Bagi yang pernah membesar di kampung, pasti anda biasa bermain dengan biji getah. Biji berwarna coklat ini biasanya digunakan untuk usik kawan-kawan pada zaman sekolah !

Agak-agak ada lagi ke biji getah ni di kampung, ya ? Kalau di bandar confirm susah nak dapat !

biji getah memang sering dikutip untuk dijadikan permainan

Kredit Foto : malaysiakini.com

Orang Bandar Kenal Ke Biji Getah ?

Bukan perkara yang mengejutkan bila orang Malaysia zaman sekarang kurang mengenali biji getah lebih-lebih lagi yang membesar di bandar.

Memang susah nak jumpa biji ni ! Mungkin ada yang tak pernah tengok langsung biji getah sebelum ini.

Hantaran video dari @chefdaveveganjourney mengenai gelagat rakan-rakannya yang tidak mengenali biji ini cukup mencuit hati. Ada yang tak kenal, ada yang ingatkan biji tersebut biji kelapa sawit !

biji getah

Menerusi tinjauan komen, didapati masih ramai warganet yang mengenali biji getah ini. Tak kurang juga ramai yang berkongsi pengalaman mereka bermain dengan biji getah semasa zaman kanak-kanak.

Kalau biji ini digosok pada simen, permukaannya jadi panas. Lepas dah gosok tu, boleh usik kawan dengan tekapkan biji getah panas pada tangan kawan. Habis kena kejar satu kampung sebab pedih tau bila kena !

Bukan saja digunakan untuk prank kawan, biji kecil ini juga sesuai digunakan sebagai pengganti batu untuk lastik dan dijadikan umpan memancing. Alangkah indahnya waktu ketika membesar di kampung, ya !

ramai yang masih mengenali biji getah

Biji Ini Boleh Makan Tau !

Tahukah anda biji ini boleh dimakan ? Selain berkongsi kenangan bermain biji getah di ruangan komen, sesetengah warganet turut berkongsi jenis hidangan yang boleh dihasilkan daripada biji berwarna coklat ini.

Antaranya ialah gulai asam rong yang popular di negeri Pahang. Berdasarkan perkongsian netizen, juadah yang menggunakan biji ini biasanya dimasak bersama ikan sungai.  Memang sedap dimakan bersama nasi putih panas !

Sementara di Sarawak pula, biji getah biasanya digoreng bersama kacang tanah. Pucuk daun getah pula boleh dibuat sebagai pekasam.

Tapi nak masak biji ini pun ada caranya tau. Orang yang berkepakaran saja yang pandai proses sebelum boleh dimasak. Katanya kalau tak diproses betul-betul, boleh pening kepala jika dimakan !

biji getah boleh makan rupanya

Jealousnya Tengok Friendship Diorang !

Selain menceritakan tentang pengalaman masing-masing menggunakan biji kecil ini, netizen dilihat turut kagum dengan persahabatan berbilang kaum yang dilihat cukup mesra dan bersahaja antara Chef Dave dan rakan-rakannya.

Tak kurang juga ramai yang memuji kepatahan Chef Dave bertutur dalam Bahasa Melayu !

Walaupun kecil, namun biji ini nampaknya berjaya mengumpul ramai warga Malaysia berbilang kaum untuk menceritakan pengalaman mereka semasa membesar di kampung.

Bukan saja boleh buat main, nak makan pun boleh rupanya ! Apa pengalaman menarik anda dengan biji berwarna coklat ini semasa kecil dahulu ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat