YDP Agung Sultan Muhammad V Cadangkan Wan Azizah Jadi Perdana Menteri
Anwar disambut dengan tepukan dan sorakan gemuruh ribuan yang hadir meraikan pembebasan tokoh gerakan reformasi itu. Turut hadir adalah pimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN).
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan umum pertamanya sebaik dibebaskan menceritakan detik detik awal dalam pertemuan antara Wan Azizah dan YDP Agung Sultan Muhammad V itu, Anwar Ibrahim memaklumkan yang YDPA Agung mencadangkan Wan Azizah sebagai Perdana Menteri kerana logiknya beliau merupakan presiden parti yang memiliki kerusi parlimen tertinggi dalam Pakatan Harapan.
Namun Wan Azizah telah menolak dan menyatakan pihak Pakatan Harapan telah bersetuju untuk memilih Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7. YDP Agung dikatakan kagum dengan pendirian Wan Azizah kerana berpegang pada janji.
Dalam masa yang sama, Wan Azizah memohon YDP Agung untuk membebaskan suaminya, Anwar Ibrahim dan serta merta diperkenankan oleh YDP Agung.