Andai Ajal Dalam Tidur, Amalkan 4 Perkara Ini Walaupun Sesibuk Manapun
Sejak akhir-akhir ini, banyak berita kematian yang diterima lagi-lagi kematian yang tiba-tiba iaitu ajal dalam tidur.
Oleh sebab itu, kita perlu mempunyai persiapan untuk mempersiapkan diri sebelum ajal menjemput kerana kita tidak akan tahu bila Allah akan menarik nyawa kita.
Pesanan Rasulullah kepada Siti Aisyah
Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.
“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu:
1. Sebelum khatam al-Quran.
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.
3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah”.
Bertanya Siti Aisyah:
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “
Rasulullah tersenyum dan bersabda:
1. “Jika engkau akan tidur,bacalah surah al –Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran.
” Bismillaahirrahmaa nirrahiim,
‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’
lam yalid walam yuulad’
walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “
2. “Bacalah salawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku” maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat
“ Allahumma solli ‘ala Sayyidina Muhammad wa ‘ala ali Sayyidina Muhammad ( 3x ) “
3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau
“ Astaghfirullaah hal ‘adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih” ( 3x )
4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim
Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar ”
( 3x )
Jom sama-sama mengamalkan empat perkara ini sebelum tidur.
Semoga mendapat manfaat daripadanya.
InsyaAllah.