Wanita Yang Ingin Kekal Cantik WAJIB Lakukan Perkara Ini!

Sumber Rujukan : Laicikang

Setiap wanita dikurniakan kecantikan masing-masing. Memang naluri seorang wanita ingin kekal cantik dan dipuji setiap hari. Dengan itu, ada yang sanggup mempercantikkan diri sendiri dengan penggunaan krim-krim pemutih merbahaya dan juga pembedahan plastik.

Ketahuilah wahai para wanita, cantik menurut Islam bukan hanya sekedar faktor luaran. Tapi juga bermula dari hati. Sebagaimana doa yang selalu diucapkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam setiap hendak bercermin:

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ ، اَللَّهُمَّ كَمَا حَسَّنْتَ خَلْقِي فَحَسِّنْ خُلُقِيْ

“Segala puji bagi Allah, Ya Allah, sebagaimana Engkau telah memperindah rupaku maka perindahlah pula akhlakku.”

Mempercantik diri memang disunnahkan dalam islam. Sebab Allah SWT itu Maha indah dan Dia mencintai keindahan. Ikuti kisah dibawah tentang cara-cara untuk mempercantik diri dari dalam dan luaran menurut Islam yang dikongsi oleh Shaykh Zulfiqar Ahmad, iaitu seorang shaykh terkemuka Tasawwuf dalam era sekarang.


Shaykh Zulfiqar Ahmad menceritakan:

Saya pernah berada di Muzium Udara dan Angkasa Negara, AS, milik Institusi Smithsonianapabila seorang doktor mendekati saya. Dia mula bercakap dengan saya. Dia berkata, Muslim yang melakukan banyak ibadah terdapat sinaran di wajah mereka.

Saya menjawab, ya memang ada, mereka mempunyai cahaya ketakwaan. Doktor itu menjawab bahawa ada sebab kenapa wajah mereka bersinar. Saya bertanya kepadanya sebabnya.

Dia menjawab bahawa darah disalurkan kepada organ-organ manusia di bawah jantung dengan mudah, tetapi sukar untuk darah disalurkan bahagian di atas jantung. Itulah sebabnya, kepala tidak mendapat jumlah darah yang patut ia dapat.

Apabila orang-orang muslim bersolat dan sujud – dalam kedudukan ini kepala dan muka berada di bawah jantung. Ini adalah satu-satunya cara darah dapat membanjiri muka. Apabila kamu sujud lama, kamu dapat merasakan darah di wajah kamu.

 

Saya menjawab, ya boleh. Dia kemudian berkata, ia adalah peredaran darah setiap hari yang menjadikan muka segar. Saya fikir sendirian, jika wanita mengetahui perkara ini, dengan bersolat wajah kekal muda, jadi, mereka akan meninggalkan krim (solek) dan akan bersegera menunaikan solat.

Dan pada hakikatnya mereka yang beramal soleh, kamu akan melihat cahaya di muka mereka. Bukan saja kesan rohani ada di muka, tetapi juga ada manfaat kepada tubuh.

Satu Hadis Riwayat Muslim menyatakan:

“Hendaklah kamu memperbanyak sujud kepada Allah, kerana tidaklah kamu sekali sujud kepada-Nya melainkan Dia mengangkatmu satu darjat dan menghapus satu kesalahanmu (dosa) darimu.”

Semoga menjadi manfaat kepada semua orang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat