Kolam Renang Terapung
Luar Biasa kolam renang terapung yang menghubungkan tiga bangunan. Seni bina hotel Marina Bay Sand di Singapura sangat menakjubkan.
Walaupun anda mungkin tidak menginap di hotel ini, tetapi memadai untuk merakamkan gambarnya dari luar kerana hotel ini sudah menjadi sebahagian daripada ikon pelancongan Singapura.
Permandangan Luar Biasa
Apa tidaknya, dari luar lagi pelancong boleh melihat seolah-olah sebuah kapal layar tersadai di atas tiga menara bangunan.
Kolam renang di Marina Bay Sand dianggap cukup biasa. Ia diumpamakan kolam renang tidak ‘berpenhujung’ dan juga ‘tidak bertepi’ kerana kedudukannya seperti tergantung sehingga digelar sebagai kolam renang infiniti paling luar biasa di dunia.
Luas kolam renang itu dikatakan menyamai saiz tiga kolam renang Olimpik dan kedudukannya pula menghadap pemandangan kota metropolitan Singapura yang mempersonakan.
Kos Pembinaan Paling Mahal
Siri TV terbitan Perbadanan Penyiaran British (BBC), Hotel Amazing: Life Beyond Lobby berkunjung ke Marina Bay Sand untuk melihat kehebatan hotel ini, terutama kolam renang tertinggi di dunia,
Kos pembinaan Marina Bay Sand Singapura yang dibuka pada tahun 2010 dianggarkan RM 25.8 bilion, dianggap sebagai hotel resort paling mahal pembinaannya di dunia.
Hotel ini menerima lebih 1 juta pengunjung yang datang menginap sejak ia dibuka.