Ajax Singkir Real Madrid Di Liga Juara-Juara Eropah
Pasukan dari Belanda Ajax Amsterdam membuat kejutan hari ini apabila menyingkirkan gergasi bola sepak dari Sepanyol, Real Madrid di kubu lawannya sendiri di Santiago Bernebeu.
Real Madrid yang juga merupakan pemegang gelaran juara terbanyak kejohanan sebanyak 13 kali terlebih dahulu mencatat kemenangan 2-1 di Johan Cruyff Arena. Kemenangan itu telah dicatatkan pada pusingan pertama pada 14 Februari yang lalu.
Dusan Tadic bertindak cemerlang apabila membuat bantuan 2 gol seawal minit ke 7 dan 18. Bantuan gol oleh Dusan Tadic disudahkan dengan baik oleh ayam tambatan Ajax, Hakim Ziyech dan David Neres. Bekas pemain Southampton itu juga turut cemerlang apabila berjaya menjaringkan 1 gol pada minit ke 62.
Gol terakhir Ajax disudahkan pada minit ke 72 oleh Lasse Schoene, sambil gol saguhati Real Madrid pula hadir melalui Marco Asensio pada minit ke 70. Perlawanan semalam turut dicemari dengan insiden kad merah. Insiden itu tercetus apabila pemain Real Madrid, Nacho Fernandez dilayangkan 2 kad kuning oleh pengadil perlawanan.
Satu lagi pertemuan semalam menyaksikan Tottenham Hotspurs berjaya layak ke pusingan seterusnya Liga Juara-Juara Eropah. Spurs layak apabila berjaya menundukkan Borussia Dortmund dengan keputusan 1-0 menerusi gol tunggal perlawanan oleh Harry Kane. Keputusan itu menyaksikan Spurs layak dengan keputusan 4-0 secara agregat.