[Video] Wanita Dalam Pantang Di Tendang

Sumber Rujukan : Encik Dep

Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung kepada keutuhan dan kemantapan hubungan dalam setiap lapisan masyarakat tanpa mengira umur, jantina, bangsa, agama dan budaya. Hubungan erat antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri-ciri masyarakat yang berkualiti. Semangat kejiranan dapat memainkan peranan yang amat penting dalam menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni.

Amalan bertolak-ansur dalam kalangan masyarakat amat penting untuk tidak menganggu ketenteraman awam.

Satu posting di laman facebook milik Encik Dep telah menunjukkan seorang wanita yang dalam berpantang telah di kasari oleh sekumpulan pemuda india kerana menegur tindakan pemuda itu yang membuat bising di kawasan kejiranan.

Laporan polis yang telah dibuat

Baru terima panggilan telefon yg menyatakan seorang ibu yg masih dalam pantang dikasari oleh seorang wanita selepas ditegur membuat bising dihadapan rumah beliau.

Tidur anak kecil yg terganggu dengan bunyi bising yg mereka hasilkan ternyata membuat si ibu berang dan keluar menasihati supaya beredar.

Nasihat itu tidak diendahkan oleh mereka malah mencabar si ibu utk membuat bising lagi. Berlaku sedikit pergaduhan mulut lalu seorang wanita bertindak menendang perut si ibu.

Tindakan berani wanita itu mengakibatkan si ibu kini ditahan di hospital akibat pendarahan serius.

Suspek utama yang mengasari mangsa

Saya sertakan video CCTV sebagai rujukan anda dan juga gambar si pelaku. Laporan polis sudah dilakukan dan si pelaku telah melarikan diri.

Bagi yg mengenali atau ternampak si pelaku atau warisnya boleh la hubungi nombor telefon yg sy nyatakan di bawah bagi membantu siasatan.

01123084020 – Pn. Rohana (ibu mangsa)
0178703316 – Amirul (abg mangsa)
0173316584 – Harry (suami mangsa)

Sila share bagi membantu mengesan lokasi si pelaku.

Lokasi: Blok B PPR seksyen 8 Kota Damansara

p/s: diharap tiada komen berunsur perkauman agar tidak mengeruhkan lagi keadaan. Terima kasih

Sumber: Encik Dep

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat