Pesanan Buat Suami Ketika Berbicara Dengan Isteri
Bila cerita saja pasal hubungan rumah tangga mungkin semua cakap itu adalah pengatahuan asas dalam mendirikan rumah tangga. Tetapi kini ramai para suami yang tidak mengambil berat tentang beberapa hal ketika bersama isteri. Terutamanya bila tiba masa untuk berkomunikasi atau berbincang sesuatu perkara. Kita tidak seharusnya menghukum seseorang itu bersalah tanpa mendengar penjelasan daripadanya terlebih dahulu.
Bak kata P.Ramlee dalam filemnya “Tiga Abdul : sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri”, Disini terdapat sedikit tips atau panduan buat suami di luar sana yang di kongsikan oleh Dr Zubaidi.
Dalam perbualan atau perbincangan:
- Lelaki akan fokus kepada butiran perbualan jika dibandingkan dengan perempuan.
- Lelaki juga mempunyai sikap yang kurang sabar kerana mereka menganalisa perbualan terus kepada isu yang hendak di perbincangkan.
- Isteri pula mengambil masa yang agak lama untuk menceritakan sesuatu isu dengan memulakan penbualan dari pemulaan cerita, yang kadang kala panjang berjela.
- Isteri juga memasukkan emosi dalam perbualannya, manakala si suami yang mendengarnya mengangap sebagai suatu perkara yang membuang masa.
Si isteri mungkin akan menangis, tersenyum, dan ketawa beberapa kali terlebih dahulu sebelum sampai kepada isu yang hendak diberitahu, Jadi si suami hendaklah bersabar apabila berbual dengan isteri.
Jangan sesekali si suami memotong apabila isteri sedang bercerita. Berikan peluang kepada isteri untuk menghabiskan ceritanya, ini akan membantu isteri menyampaikan isu yang hendak dibangkitkan tanpa sebarang tekanan.
Isteri akan menganggap suaminya tidak peduli pada isu yang hendak disampaikan dan tidak peduli kepada perasaan mereka, jika suami sering memotong percakapan isteri.
Banyaklah bersabar wahai SUAMI.
Wanita lebih suka pada lelaki yg tidak hensem tetapi menyenangkan hati mereka daripada lelaki hensem tapi tidak pedulikan mereka. Hensem saja tak cukup mencairkan hati isteri.