Pas Kembali Menawan Terengganu


PAS kembali menguasai Dewan Undangan Negeri Terengganu selepas memenangi sekurang-kurangnya 21 kerusi malam ini. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga mempertahankan kerusi parlimen Marang.

Selepas ditanya siapakah yang akan menjadi calon menteri besar negeri itu Abdul Hadi masih enggan memberi kepastian, sementara menunggu ruang menemui Sultan Terengganu.

“Itu (calon menteri besar) ada dalam hati saya,” katanya.

Pas mengulangi kejayaan yang pernah dicatat pada 1999 sebelum parti itu ditukar oleh majoriti pengundi lima tahun kemudian. Menurut beliau, tiada sebarang perarakan yang bakal dibuat di Terengganu untuk meraikan kejayaan PAS itu. Selain menawan 21 kerusi DUN Terengganu, PAS juga memenangi enam daripada lapan kerusi parlimen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat