4 Jenis Hidupan Air Tawar Dengan Fizikal Yang Unik dan Menakutkan


Kepelbagaian ekosistem di dunia membuatkan kita lebih kagum dengan kehebatan ciptaan Allah SWT. Dengan adanya kajian yang lebih mendalam tentang penemuan hidupan liar, maka lebih banyak spesis pelik dan mempunyai fizikal yang unik yang boleh ditemui. Jika diikutkan, sebenarnya masih ada lagi haiwan yang masih belum ditemukan di dunia yang luas ini. Tambahan pula, ekosistem haiwan adalah berbeza bergantung kepada kawasan tertentu.

Tahukah anda sebenarnya terdapat banyak hidupan air tawar yang pasti kita tidak pernah jumpa. Lebih menarik lagi, haiwan-haiwan ini juga memiliki rupa yang menggerunkan. Nak tahu haiwan apa yang mempunyai wajah atau fizikal lagi menakutkan ?

Jom kita kenali beberapa spesis unik yang pernah mendapat perhatian National Geographic !

 

4 Jenis Hidupan Air Tawar Mempunyai Rupa Fizikal Yang Unik dan Menakutkan Di Dunia

 

1. Chelus Fimbriatus (Mata-Mata Penyu Air Tawar)

Kredit: Foto oleh Alessandro Mancini, Alamy

Chelus fimbriatus merupakan penyu air tawar yang hidup di kawasan Amazon dan Orinoco, Amerika Syarikat.
Turut dikenali sebagai penyu mata-mata, ia boleh membesar sehingga 15 kilogram ! Meskipun rupanya agak menakutkan, namun ia tidak berbahaya kepada manusia.

Penyu yang bergantung kepada ikan dan haiwan invertebrata sebagai sumber makanan ini juga sangat sensitif kepada perubahan kualiti air membuatkan ia mudah terkesan dengan persekitaran yang tercemar.

 

2. Argyroneta Aquatica (Labah-Labah Loceng Penyelam)

Kredit: Foto oleh Gerhard Schulz, Getty Images

Labah-labah loceng penyelam ini sering ditemui di beberapa kawasan seperti Eropah dan Asia Utara.

Labah-labah jantan bagi spesis ini dilihat lebih aktif kerana saiznya yang lebih besar serta mempunyai naluri semulajadi untuk memburu. Awas ! Gigitan labah-labah ini boleh mencederakan manusia sehingga demam !

 

3. Stingray Air Tawar Gergasi

Kredit: Foto oleh Fenolio Dante, Getty Images

Habitat ikan pari air tawar setakat ini hanya ditemui di sekitar Asia Tenggara dan Australia Utara. Terdapat banyak aspek yang perlu dikaji lagi tentang spesis ini seperti jumlah populasi yang masih tinggal serta tabiat mereka di dalam air.

Meskipun jarang dijumpai akibat tabiatnya yang suka bersembunyi di bawah dasar sungai, ikan pari air tawar pernah dilaporkan sebagai punca bot terbalik.

Banyak saintis meluahkan rasa bimbang akan kepupusan yang melanda ikan pari ait tawar ini kerana ikan pari ini diancam oleh kehilangan tempat tinggal dan diancam oleh pencemaran air.

 

4. Piranha

Kredit: Foto oleh Martin Shields, Alamy

Siapa sahaja yang tak pernah dengar tentang ikan piranha siap ada movie lagi. Ikan piranha ini terkenal dengan rupanya yang menyeramkan dengan gigi tajam dan mempunyai selera makan yang rakus. Ikan piranha ini juga mempunyai rupa fizikal yang unik dan menyeramkan.

Ikan omnivor ini turut terkenal kerana mereka hanya suka makan daging. Ini dapat dibuktikan dengan pengalaman daripada lawatan bersejarah ke Brazil oleh Theodore Roosevelt dimana beliau telah melihat sekumpulan piranha yang mencincang kepingan bangkai lembu dalam beberapa saat sahaja!

Memang jelaslah bahawa haiwan-haiwan ini mempunyai bentuk fizikal yang amat menyeramkan. Walaubagaimanapun, haiwan yang unik dan menakutkan ini hanya terdapat di luar negara Malaysia sahaja jadi anda semua jangan risau ya.

Menurut anda, antara banyak-banyak haiwan yang rupa fizikalnya unik dan menyeramkan ini, haiwan manakah yang paling menyeramkan bagi anda?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat