5 Tips Mudah Hilangkan Resdung
Resdung atau seduan (sinusitis) adalah sejenis penyakit yang mudah berjangkit dalam waktu yang singkat apabila daya tahan penyakit atau antibodi seseorang itu lemah dan tidak dapat menahan kuman resdung (hama) yang terus merebak dalam tubuh pesakit.
Percayakah anda resdung adalah penyakit yang berpunca dari parasit demodex atau apa yang dipanggil sebagai ulat resdung?
Antara tanda-tanda yang menunjukkan bahawa kita mengalamai penyakit resdung ialah apabila mengalami masalah-masalah seperti berikut:
- Sering mengalami hidung tersumbat
- Mempunyai lendir dari hidung dan tekak
- Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
- Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
- Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
- Gejala alahan hidung seperti kerap bersin terutamanya pada waktu pagi, gatal hidung
- Mengalami jerawat di muka dan badan
- Nafas berbau
- Kulit kepala berkelumumur, gatal dan rambut gugur
- Sering berasa sakit kepala, pening dan migrain
5 Tip Untuk Hilangkan Resdung
Berikut merupakan 5 tips ringkas untuk hilangkan seduan ini.
1. Hidrasi
Minum banyak air mineral. Cecair ini akan bekerja membantu mendorong lendir keluar. Elakkan minum alkohol, kafein, minuman manis, dan jangan merokok. Sekiranya anda masih berdegil, ia boleh menyebabkan lendir semakin menebal dan saluran pernafasan semakin tersumbat sehingga mencetuskan keradangan yang lebih teruk.
2. Air Panas
Petua hilangkan resdung seterusnya ialah dengan sedut wap air panas. Caranya?
Pertama, rebus air mengikut saiz bekas anda, lalu campurkan dengan air garam sehingga mendidih. Letakkan kepala anda 30cm di atas air, lalu sedut wap tersebut. Untuk kesan yang lebih baik, anda boleh menutup kepala dengan tuala yang menutup wap air panas. Lakukan selama 15 minit sebanyak tiga kali dalam sehari sehingga resdung reda.
3. Tuam Tuala Pada Muka Dengan Air Panas
Petua lain yang anda boleh amalkan adalah dengan menuam tuala di bahagian pipi dengan air panas tersebut. Tapi janganlah panas sangat, nanti melecur muka deknon. Suam-suam kuku pun okay. Panaskan air sehingga mendidih dan tuamkan tuala di bahagian muka anda.
Cara ini dapat membantu mengeluarkan lendir yang terkumpul di bahagian bawah mata dan kawasan sekitar hidung.
4. Lidah Buaya
Menarik bukan? Lidah buaya pun boleh digunakan untuk mengubati resdung sebab ia mengandungi sifat antiseptik. Cara menggunakan lidah buaya ini adalah dengan menitiskan lendir atau gel lidah buaya pada hidung. Untuk kesan lebih baik, minum rebusan lidah buaya.
5. Limau Nipis & Daun Pandan
Petua seterusnya ialah menggunakan campuran limau nipis dan daun pandan. Caranya, sediakan 8 buah limau nipis dan 10 helai daun pandan. Hiris halus-halus daun pandan. Perah buah limau hingga menghasilkan air limau yang banyak, pisahkan bijinya. Campurkan air perasan limau dengan daun pandan.
Ramas daun pandan tersebut beberapa minit sehingga air berubah menjadi kehijauan. Tapiskan sehingga tinggal air saja. Basuh atau cuci muka terlebih dahulu dan bilas air tadi ke wajah anda, elakkan dari terkena mata atau bibir. Tunggu wajah kering lalu sapukan lagi. Lakukan setiap 3 jam untuk hasil yang lebih baik. Selesai dah boleh cuci wajah anda dengan air biasa.
Amaran! Cara ini tidak sesuai untuk kanak-kanak. Ini kerana ia akan menyebabkan kesan pedih yang maksimum namun masih terkawal. Kesan berbeza mungkin terjadi pada setiap individu dan keadaan resdung anda. Sila rujuk pakar terlebih dahulu andai ragu–ragu.