Jaga 600 Ekor Anjing

Sumber Rujukan : Noorazura Abdul Rahman

Kebelakangan ini, isu masyarakat islam yang memelihara anjing banyak diperdebatkan hukum halal haramnya. Hal ini demikian kerana, anjing mengikut ajaran islam adalah najis berat yang wajib menyucikan diri dengan air tanah jika tersentuh.

Artikel di bawah di petik daripada laman Berita Harian yang telah menebual seorang mak cik yang bernama Halijah Iadris atau lebih mesra dikenali sebagai Mak Intan yang mempunyai 600 ekor anjing terbiar yang dipelihara oleh beliau.

ALOR SETAR: Halijah Idris, yang menguruskan pusat perlindungan haiwan terbiar di sini, sentiasa memastikan 600 anjing jalanan yang dijaganya diberi suntikan vaksin bagi mengelak wabak termasuk rabies atau penyakit anjing gila.

Lebih dikenali Mak Intan, Halijah, 70, yang mengambil alih menguruskan Pak Mie Shelter selepas kematian suami, Muhammad Azmi Isma, 58, dua tahun lalu, berkata beliau memang menitikberatkan kebersihan dan kesihatan haiwan.

Pernah bertugas di bahagian perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mak Intan berkata, semua haiwan peliharaannya dijaga sebaik mungkin termasuk anjing yang diberi suntikan vaksin secara berdisiplin dengan kos mencecah RM70 seekor.

“Apabila kesihatan haiwan dilihat secara serius, wabak sukar merebak walaupun anjing yang saya jaga adalah ‘anjing kurap’ dikutip dari tepi jalan.

“Saya hairan ada yang biar anjing mereka tanpa suntikan vaksin walaupun hanya bela satu dua atau ekor sahaja.

“Mereka seronok membela tapi sayangkan duit untuk mendapatkan suntikan vaksin berkala, malah memandang ringan aspek kebersihan dan kesihatan haiwan peliharaan,” katanya ketika ditemui di Pak Mie Shelter di Jalan Tanjung Bendahara, semalam.

Halijah yang menjaga dan merawat anjing sakit sehingga haiwan terbabit sihat, berkata pengalaman bertugas di bahagian perubatan menjadikannya peka dengan sikap haiwan.

“Anjing yang menunjukkan perubahan pada najis dan suhu akan diberi antibiotik sebelum diasingkan. Saya juga sentiasa berhubung dengan doktor haiwan dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) untuk memastikan rawatan betul diberikan.

“Sejak awal tahun ini, kira-kira 300 anjing jagaan saya sudah menerima suntikan vaksin bagi mencegah penyakit anjing gila. Bakinya akan menerima suntikan daripada JPV pada 28 Julai ini,” katanya.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat