Kes Pembunuhan Jamal Khashoggi: Hubungan Malaysia – Arab Saudi Kekal Kukuh


Jamal Khashoggi

PUTRAJAYA: Hubungan dua hala Malaysia dengan Arab Saudi kekal kukuh, walaupun komuniti antarabangsa memberi tekanan terhadap Riyadh susulan kes pembunuhan wartawan, Jamal Khashoggi.

Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkat: “Malaysia tidak campur tangan dalam isu itu dan beliau percaya Arab Saudi mampu menyelesaikannya”. “Ketika ramai rakyat kita terkorban dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17, Malaysia kekal dengan pendirian untuk melihat hasil siasatan penuh.

“Dalam semangat yang sama, oleh kerana siasatan terhadap kes kematian Khashoggi sudah dimulakan, kita tunggu sahaja siasatan itu selesai,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Mengenai Dasar Luar Negeri (CCFP), di sini pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pendirian Malaysia ketika komuniti antarabangsa memberi tekanan kepada Arab Saudi dengan beberapa negara dilaporkan membatalkan penyertaan dalam persidangan pelaburan Arab Saudi di Riyadh susulan pembunuhan Jamal Khashoggi.

Pada Sabtu lepas, Agensi Akhbar Saudi melaporkan bahawa Arab Saudi telah mengakui bahawa Khashoggi dibunuh di dalam konsulatnya di Istanbul.

Menurut laporan itu perbincangan di antara kolumnis akhbar Washington Post itu dan pihak yang ditemuinya di konsulat tersebut berubah menjadi satu pergaduhan yang membawa kepada kematiannya.

Namun siasatan yang lebih terperinci sedang giat dilakukan bagi mengetahui perkara sebenar yang berlaku keatas Jamal Khashoggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat