Tahap pengiktirafan Tayyiban (wholesome) di Malaysia.
Tahap pengiktirafan Tayyiban (wholesome) di Malaysia.
Tahap 1 (Paling Basic) – MeSTI (Makanan Selamat Tanggungjawab Industri)
Skim ini diperkenalkan pada tahun 2012 di Malaysia bagi menggalakkan SME baru untuk mematuhi konsep yang telah ditetapkan dalam Peraturan Makanan Fygiene 2009 dan ianya secara percuma. Yang paling penting ialah peraturan-peraturan yang telah ditetapkan harus dilaksanakan. Jadi, sekiranya anda nampak logo seperti ini, ianya boleh dikirakan sebagai baru mula untuk menjinakkan diri dalam konsep Tayyiban.
**Penggunakan atau konsumer akan merasa agak selamat**
Tahap 2 (Sederhana Tinggi) – Good Manufacturing Practices (GMP)
GMP di laksanakan di Malaysia pada tahun 2007 iaitu MS1514:2009 GMP For Food. GMP adalah asas kepada HACPP dan ISO22000.
**Pengguna atau konsumer rasa selamat sikit**
Tahap 3 (Tinggi) – Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP)
Malaysia melalui Standard Malaysia baru laksanakan skim pengiktirafan pada tahun 2001 iaitu MS1480:2007 HACCP.
**Pengguna atau konsumer rasa lebih selamat**
Tahap 4 (Paling Tinggi) – ISO 22000: Food Management System
ISO 22000 adalah standard antarabangsa yang menjadi rujukan seluruh dunia. Perniagaan yang mempunyai standard ini tiada isu atau sebarang masalah untuk ekspot ke luar negara dan sebagainya.
*Nota: Konsumer rasa sangat selamat.
Untuk pembisnes, letakkan sasaran untuk capai International Standard Organisation atau ISO. Al-Quran malah menyebut Halal sekali dengan Tayyiban. Justeru siapa yang kata makanan yang dihidangkan di kedai yang kotor adalah yang paling sedap adalah salah.