Ibu Sendiri Dipenggal Kerana Mahu Tamatkan Penderitaan

Sumber Rujukan : Harian Metro

Sokongan dan dorongan daripada orang ramai sangatlah berharga bagi mereka yang sedang mengalami kesusahan mahupun sedang menempuhi ujian hidup. Apabila kurangnya didikan agama dan sokongan daripada orang ramai boleh menyebabkan seseorang itu bertindak di luar kawalan dan melakukan perkara yang tidak sepatutnya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

Seorang lelaki berusia 49 tahun di Thailand dikatakan hilang pertimbangan apabila memenggal kepala ibunya sendiri yang berusia 71 tahun. Alasan perbuatan beliau ialah kerana tidak sanggup melihat ibunya yang sakit tenat dan ingin menamatkan penderitaan ibunya.

Sant Wichiansan, ditemui penduduk tengah berjalan berseorangan berhampiran kaki gunung di Tha Khlong di daerah Lop Buri di wilayah Tha Wung. Beliau memberitahu kepada orang ramai yang dia telah membunuh ibunya di rumah mereka di daerah Bang Rachan sebelum penduduk melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.

Sumber gambar : Harian Metro

Jurucakap polis berkata, beberapa anggota polis yang pergi ke rumah lelaki itu menemui mayat seorang wanita tua tanpa kepala di dalam sebuah bilik tidur.Kepala wanita itu dijumpai tidak jauh dari rumah berkenaan.

Menurut media tempatan, Sant memberitahu polis, dia membunuh ibunya yang yang sakit tenat itu kerana tidak sanggup melihat mangsa menderita kesakitan.

Katanya, pada malam sebelumnya dia telah memukul ibunya hingga pengsan sebelum memenggal kepala ibunya dengan menggunakan sabit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat