Strategi Penjenamaan : Panduan Untuk Pengasas Produk – Daily Rakyat

Strategi Penjenamaan : Panduan Untuk Pengasas Produk


Kalau kita tengok zaman sekarang nie ramai yang buat produk sendiri. Tak kisah laa produk apa2 apun. Produk kesihatan ke, produk makanan ke, produk penjagaan kulit ke. Tapi tahukah anda penjenamaan produk amat penting dalam pemasaran ?? Bagaimana kita nak hasil suatu jenama produk yang akan disebut2 orang ramai ?? Dibawah ini sedikit tips dalam strategi penjenamaan produk yang dikongsikan oleh Azizi ZulkefliĀ  ;-

 

Memandangkan sekarang ramai yang nak buat produk sendiri, ini sedikit panduan dalam strategi penjenamaan.

1) Jangan jadikan jenis produk sebagai jenama. Sebagai contoh, jika menjual collagen, jangan jadikan collagen itu sebagai nama utama, seperti collagen gold, collagen plus dan lain-lain. Nama-nama sebegini tidak akan boleh didaftarkan sebagai trademark.

2) Jika jenis produk diangkat menjadi jenama, ia tidak akan ada keunikan. Tujuan diwujudkan jenama adalah untuk mewujudkan keunikan dan membezakan di antara produk kita dengan produk orang lain di pasaran. Jika semua orang guna nama Collagen, macam mana nak tau perbezaan di antara produk-produk collagen yang ada di pasaran.

pro3

3) Kalau nak pakai nama collagen juga, gabungkan dengan perkataan lain yang unik. Contoh, Collagen Seri Merbau. Angkat nama Seri Merbau di dalam kempen pemasaran. Dan nama yang boleh didaftar sebagai trademark adalah Seri Merbau, bukannya collagen.

4) Jangan guna nama tempat sebagai jenama produk, ia tidak akan diterima jika ingin daftarkannya sebagai trademark. Nama tempat tidak melambangkan keunikan.

5) Fokus kepada membina reputasi jenama, bukannya kepada jenis produk. Produk mungkin akan bertukar, tetapi jenama akan tetap kekal. Jika pelanggan sudah setia dengan jenama, keluarlah produk apa sekalipun, sudah pasti pengikut setia jenama akan membelinya.

6) Wajib daftar jenama sebagai trademark. Bisnes boleh runtuh sekelip mata jika tidak ada perlindungan terhadap jenama. Orang sekarang boleh keluarkan produk tiruan hanya semalaman dan budaya ciplak sudah menjadi amalan. Sediakan payung sebelum hujan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terkini @ Daily Rakyat