“Jangan Lupa Letak Scene Beratur Panjang Kat Kaunter”- Belum Lagi Tayang, Drama Bersiri Skuad JPJ Dah Kena Bahan Dengan Netizen


Drama bersiri adalah antara hiburan mingguan yang sering kita nanti-nantikan. Jika keseluruhan drama kena dengan cita rasa penonton, silap-silap drama tersebut boleh jadi viral ! Namun lain pula ceritanya dengan satu drama mengenai anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Baru-baru ini, poster bagi drama Skuad JPJ didedahkan kepada warganet di laman media sosial rasmi JPJ Malaysia untuk tujuan promosi.

Dalam hantaran tersebut, JPJ Malaysia berharap drama bersiri ini dapat memberi promosi positif serta menyalurkan nilai-nilai murni kepada penonton dalam mematuhi undang-undang jalan raya. Drama lakonan Saharul Ridzwan ini difahamkan berkisar realiti serta cabaran pegawai JPJ.

Drama bersiri 13 episod arahan Pali Yahya ini dilihat menonjol kerana mempertaruhkan operasi penguatkuasa JPJ yang diolah sebagai drama bersiri, sebuah tema yang belum pernah dilakukan sebelum ini.

“Scene Kaunter Jangan Tinggal dalam Skuad JPJ , Barulah Real !”

Ternyata kemunculan drama yang akan ditayangkan pada 5 April itu menarik perhatian warganet serta mendapat reaksi berbeza di kalangan netizen.

Walaupun belum ditayangkan, ramai netizen yang tampil berikan idea scene yang patut ditayangkan berdasarkan isu yang sebati dengan anggota JPJ seperti semakan tinted kereta, pembaharuan cukai jalan dan pemberian saman.

Meninjau ruangan komen di Facebook, rata-rata warganet banyak meneka adegan yang bakal ditayangkan dalam drama ini berdasarkan pengalaman masing-masing berurusan dengan penguatkuasa JPJ.

Tidak hanya itu, netizen turut mempersoalkan pelakon yang memegang pistol dalam poster drama tersebut. Sejak bila pegawai JPJ guna senjata ?

skuad jpj mendapat perhatian netizen skuad jpj mendapat perhatian netizen skuad jpj mendapat perhatian netizen skuad jpj mendapat perhatian netizen skuad jpj mendapat perhatian netizen

Sebelum ini kita disajikan dengan banyak drama dan filem berlatarbelakangkan operasi polis dan askar.  Drama seperti Gerak Khas dan Roda-Roda Kuala Lumpur yang ditayangkan sekitar lewat 90an dilihat mendapat sambutan hangat di kalangan warga Malaysia. Bagaimana pula dengan Skuad JPJ ?

Kalau nak tahu menarik atau tidak, sama-sama kita nantikan drama bersiri ini yang akan ditayangkan di saluran TV1 RTM pada 5 April, dari Isnin hingga Khamis pada 10.00 malam.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat