Tips Mengajar Anak-Anak Menunaikan Solat Semenjak Kecil
Di sini, ada sedikit perkongsian tentang Tips Nak Anak-Anak Bersolat daripada seorang pengguna Facebook Shaari Anuar . Kalau anak anak malas nak solat, mungkin tips boleh diguna pakai.
Ianya berdasarkan pengalaman yang saya dah praktis dan juga dari pembacaan.
Mereka ni kena dilatih seawal 7 tahun, dan Nur Damia Hannah yang 3 tahun ni selalu ikut abang dia yang berumur 7 tahun.
Jangan biar terlambat, satu kajian dibuat oleh ustazah kat sekolah menengah, ramai yang tak boleh baca surah al fatihah dengan betul, bermakna mereka gagal atau lansung tak bersolat.
1. Suruh mereka faham Rukun Islam, macam Rayyan Dannish yang darjah satu, dah faham apa makna rukun islam, di mana solat adalah rukun kedua.
2. Fahamkan juga kepada mereka fungsi laungan azan, jika ada azan dekat tv atau radio jangan bagi mereka tukar channel.
Atau ibu bapa pun sama, jangan terlebih-lebih jadi ketam dengan tak pandai menghormati azan..
3. Ajar mereka ambil wudhu setiap kali selepas mereka mandi, walaupun bukan waktu solat.
Fahamkan juga meraka kelebihan dalam keadaan berwuduk dari segi physical dan spritiual, insyaAllah mereka akan praktis sampai mereka besar.
4. Ajak selalu anak lelaki ke masjid, latih mereka untuk berjemaah.
Mungkin sama macam ayah kita buat dulu, sampai kita besar, pergi mana-mana, mesti teringin akan cari masjid.
Yang sesat ketika remaja, akan cari jalan pulang.
5. Belikan jubah, kopiah dan telekung mengikut warna yang mereka suka.
Telekung yang berwarna terang, digemari oleh kanak kanak.
6. Kalau boleh, tinggallah di kawasan perumahan yang ada surau atau masjid dan didengari ketika azan berkumandang.
Satu kajian dibuat untuk pelajar Malaysia di luar negara, mereka yang tinggal berhampiran dengan masjid, akhlak dan disiplin mereka lagi baik dibandingkan dengan tinggal dalam jarak yang jauh.
7. Selalu buat latihan solat, tegur secara elok sebarang kesilapan mereka.
Tanggungjawab kita sebenarnya tu, bukan tugas cikgu.
8. Ceritakan serba sedikit kehidupan selepas kematian, kaitkan dengan apa yang mereka belajar kat sekolah, contohnya umur 7 tahun mereka dah belajar tugas-tugas malaikat yang mengambil nyawa, menyoal di alam kubur, dan lain-lain.
9. Bersalaman dan peluk rapat-rapat mereka selepas solat. Memupuk aliran kekeluargaan dan ikatan yang kuat bermula mereka kecil.
10. Bagilah mereka pujian, jika mereka serius bersolat tanpa berjoget-joget atau tanpa bermain-main.
Solat adalah salah satu cara untuk mendekatkan diri dengan Allah, maka sekiranya ia di ajarkan kepada anak sejak kecil, maka ikatan anak dengan Allah akan menjadi sebati dalam diri mereka.
Tonton video dibawah: