Punca Dan Bahaya Penyakit Gastrik


Penyakit Gastrik

Penyakit Gastrik atau Gastritis merujuk kepada keradangan pada lapisan dinding perut. Di dalam perut kita, terdapat satu lapisan mukus semulajadi. Ia melindungi dinding perut daripada bahan kimia berasid semulajadi yang sangat diperlukan untuk proses penghadaman makanan di dalam perut. Seperti yang kita tahu, Penyakit Gastrik boleh merosakkan lapisan yang melindungi dinding perut kita. Selain itu, ia juga boleh memberikan kesan yang teruk kepada badan seseorang.

Gastrik Terbahagi Kepada 3 :
  • Gastrik ringan: Inflamasi (pembengkakan) pada bahagian lapisan perut bersentuhan dengan makanan.
  • Gastrik berat: Berlaku kecederaan (luka) berpanjangan pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.
  • Ulser gastrik (peptic ulcer): Merujuk kepada ulser perut. Ulser memberi maksud sejenis luka terbuka. Darah boleh dikesan dalam muntah atau najis.
Antara Punca-Punca Gastrik :

Penyakit Gastrik

  • Makanan Pedas
  • Makanan Masam: makanan yang terlalu masam meningkatkan kesan asid terhadap dinding perut. Ini meningkatkan kebarangkalian untuk terjadinya gastrik.
  • Makanan Berminyak dan Berlemak (kecuali minyak zaitun):Makanan berlemak juga agak sukar untuk dihadam, justeru perut akan merangsang lebih banyak asid ke dalam perut untuk tujuan pencernaan.
  • Pengambilan makanan yang berlebihan pada satu masa
  • Waktu makan tidak teratur : Apabila badan memerlukan makanan, signal akan dihantar ke otak dan otak akan menghatar signal ke bahagian perut untuk merembeskan asid gastrik. Jika tiada makanan di dalam perut maka asid gastrik tersebut akan menghakis permukaan dinding perut. Kejadian ini akan berulang-ulang, lama-kelamaan permukaan dinding perut akan menipis dan apabila sampai ke tahap itu pesakit akan mengalami sakit di bahagian ulu hati.
  • Merokok
  • Tekanan Emosi : Apabila stres berlaku, asid gastrik akan dirembeskan di dalam perut dan ianya boleh menyebabkan gastritis dalam jangka masa yang panjang.
Bahaya Gastrik :

Gastrik jika lambat dirawat akan boleh membawa kepada penyakit yang lebih serius dan menyebabkan pendarahan pada perut. Antara bahaya gastrik ialah :

  • Ulser perut : Terdapat tanda kemerah-merahan atau luka pada dindingmukoza. Jika dibiarkan tanpa rawatan segera, luka sedia ada menjadi bertambah teruk. Gejala ini juga boleh berlaku di bahagian usus kecil.
  • Radang pankreas : Kesakitan pada bahagian ini boleh dianggap berat kerana ia memberi makna pankreas sudah rosak berikutan keracunan. Terlalu banyak alkohol antara punca yang membuatkan bahagian ini tersumbat atau rosak.
  • Batu dalam pundi hempedu : Boleh menyebabkan seseorang pedih pada bahagian ulu hati. Punca hanya boleh diperoleh menerusi ujian ultra bunyi (Ultrasound) di perut, endoskopi, ujian darah dan pernafasan. Sakit semakin teruk apabila mengambil makanan berlemak kerana ia menyebabkan hempedu mengecut seterusnya menjadi kejang.
  • Pedih ulu hati : Disebabkan beberapa faktor sama ada daripada ulser gastrik (perut) atau ulser duodenum yang boleh dikategorikan kepada jenis peptik. Ulser duodenum yang boleh dikategorikan kepada jenis ulser peptik. Selain itu, refluks esofigitis atau keadaan apabila pesakit terasa asid naik ke belakang mulut (kepanasan) juga membuatkan seseorang terasa loya, payau, sesak nafas dan batuk.
Antara Gejala Gastrik Yang Tinggi Dalam Badan Seseorang :
  • Mual.
  • Muntah
  • Hilang selera dan terasa sebu.
  • Kembung perut
  • Pedih ulu hati
  • Perut bahagian atas terasa ‘penuh’ dan senak selepas makan sedikit

Kesimpulannya, jangan memandang remeh penyakit gastrik. Jika dibiarkan tanpa rawatan, dikhuatiri pesakit akan menghidapi gastrik kronik dengan simptom berbahaya. Oleh itu, anda perlu mengetahui cara untuk merawat penyakit ini supaya tidak bertambah teruk. Yang paling penting, elakkan segala punca yang boleh menyebabkan anda diserang penyakit ini.

Semoga bermanfaat dan sentiasa jaga kesihatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat