Rangka Manusia Berpakaian Seragam Pelantar Minyak Di Temui Pesisiran Pantai Bachok
Rangka manusia lengkap berpakaian seragam pelantar minyak ditemui penduduk di pesisir pantai Kampung Aur BACHOK
Menurut seorang penduduk , Waliyul Amri dia mengetahui kejadian itu pagi tadi selepas dihubungi oleh sepupunya yang tinggal berdekatan.
Ketika tiba di situ hanya tiga penduduk yang berada di lokasi kejadian dan dia terus menghubungi pihak polis untuk memaklumkan kejadian. Menurutnya, seorang wanita yang mengutip siput yang mula- mula menemui rangka itu pagi tadi.
“Pada bahagian kiri baju itu tertulis Zamil Offshore dan ada rakan saya kata ia adalah pakaian pekerja syarikat pelantar minyak yang terkenal sebagai penyedia perkhidmatan luar pesisir dan marin terbesar dari Timur Tengah,” katanya kepada – Sinar Harian.