Anak Kerap Tidur Berdengkur? 5 Sebab Yang Perlu Anda Tahu


Mungkin ada dalam kalangan ibu bapa yang menganggap bahawa anak-anak yang masih kecil tidur berdengkur kelihatan agak melucukan dan mencuit hati. Namun tahukah anda bahawa perkara ini boleh menandakan perkara yang membimbangkan. Tambahan lagi, jika keadaan ini sering berlaku.

Adakala kanak-kanak atau bayi yang didapati tidur mendengkur adalah disebabkan lubang hidung mereka sangat kecil dan senang tersumbat.

Di antara sebab lain yang mungkin menyebabkan anak anda mengalami masalah berdengkur ketika tidur adalah seperti berikut:

1. Masalah berat badan

Berat badan berlebihan akan menyebabkan gangguan pada saluran pernafasan dan mengakibatkan masalah dengkur menjadi bertambah teruk.

2. Adenoid atau tonsil kembang

Adenoid dan tonsil yang kembang boleh memberi tekanan kepada saluran pernafasan sehingga menyebabkan apnea tidur.

Adenoid dan tonsil adalah sebahagian daripada sistem limfatik yang memainkan peranan utama dalam melindungi sistem pernafasan daripada jangkitan kuman yang terdiri daripada virus dan bakteria.

Masalahnya, kedua-dua ini senang terdedah kepada jangkitan. Adenoid atau tonsil yang radang akan membesar dari segi saiz, menghalang laluan udara kanak-kanak yang kecil, dan boleh menyebabkan mereka tidur berdengkur.

Tanda-tandanya adalah: Tonsil yang bengkak/kembang boleh dilihat dengan jelas berdekatan bahagian tekak di dalam mulut anak anda.

Tetapi tanda andenoid radang tidak dapat dilihat melalui mulut. Ia hanya boleh dikenalpasti apabila anak anda selalu bernafas melalui mulutnya, dengan mulut terbuka dan susah bernafas dari hidung.

3. Asma dan alahan

Asma dan alahan juga boleh menjadi salah satu penyebab kenapa bayi tidur berdengkur walaupun ini bukan tanda utama asma. Semua sedia maklum bahawa asma sering dikaitkan dengan alahan pernafasan. Maka asma yang disebabkan oleh alahan boleh menyebabkan bayi tidur berdengkur.

punca bayi tidur berdengkur

4. Terlalu letih

Otot dan tisu yang lemah akibat terlalu letih akan mengakibatkan gangguan pada saluran pernafasan ketika tidur. Kemungkinan disebabkan keadaan ini, masalah berdengkur akan berlaku.

5. Selesema dan air liur yang meleleh

Apabila anak anda mengalami selesema, dia mungkin akan berdengkur ketika tidur akibat mukus yang terlalu banyak di dalam hidung.

Selain itu, perkara yang sama juga mungkin akan berlaku semasa pertumbuhan gigi. Tambahan pula, apabila anak anda mengeluarkan banyak air liur yang mungkin akan meleleh ke rongga hidung apabila dia berbaring.

Ini akan menyebabkan anak anda susah untuk tidur dengan lena dan berdengkur.

Tanda-tanda: Jika bayi anda mengalami selesema, dia akan menunjukkan gejala selesema seperti hidung meleleh dan demam. Jika dia sedang keluar gigi, biasanya air liurnya akan meleleh-leleh dengan banyak.

Tetapi ibu bapa tidak perlu khuatir. Ini kerana setiap keadaan boleh didiagnosis dan dirawat oleh doktor. Anda hanya perlu pastikan anak anda mendapatkan rawatan segera jika mereka kelihatan sedang menghadapi masalah pernafasan.

Bagaimanakah langkah rawatan dan penyelesaiannya?

Anda perlu dapatkan pemeriksaan bersama doktor. Pastinya doktor akan membantu dan mengatasi masalah yang dialami anak anda. Ini kerana merawat adalah langkah paling terbaik untuk segala punca masalah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat