Gara-gara Live Di Facebook Bersama Wang Ringgit Dan Barang Kemas Telah Disamun Dan Ditembak


Akibat live di facebook seorang pengusaha alat komestik iaitu Mohd Irfan atau lebih dikenali Sifu Cempaka telah menjadi mangsa samun dan tembak pada awal pagi tadi di Rantau Panjang Kelantan. Beliau sering melakukan Live Facebook untuk mempromosikan produknya.

Menurut laporan, mangsa didakwa ditembak di bahagian kaki dan kemungkinan mangsa juga dipukul di bahagian kepala. Masa kejadian jam 11.30 malam kelmarin itu, sekumpulan perompak melarikan barang kemas bernilai kira-kira RM150,000 dan wang tunai RM8,000.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah, berkata pihak polis terpaksa memecahkan pinju jeriji yang dipercayai dikunci oleh suspek.

Mohd Irfan atau lebih dikenali Sifu Cempaka dikatakan sememangnya terkenal dengan perniagaan Live di Facebook dan telah mempunyai pengikut serta pelanggan setianya yang tersendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat