Perjalanan Kemerdekaan Negara


Malaysia, Indonesia dan Singapura mempunyai pertalian sejarah yang rapat dan sangat sukar untuk dinafikan. Sekiranya salah satu negara itu bermasalah, pasti akan memberi kesan kepada ketiga-tiga negara.

Sistem pemerintahan yang diamalkan oleh ketiga-tiga negara ini ialah sistem pemerintahan demokrasi. Oleh kerana terdapat perbezaan dari segi perjalanan untuk mencapai kemerdekaan, maka definisi demokrasi untuk setiap negara ini terdapat sedikit perbezaan.

Ketiga-tiga negara ini menyambut hari kemerdekaan pada bulan yang sama iaitu pada bulan Ogos setiap tahun.

Singapura menyambut hari kemerdekaan pada 9 Ogos dengan terma Hari Kebangsaan

Indonesia menyambut kemerdekaan pada 17 Ogos dengan terma Hari Kemerdekaan

Malaysia menyambut kemerdekaan pada 31 Ogos dengan terma Hari Kemerdekaan sebelum ditukar kepada Hari Kebangsaan pada tahun 2018

 

Walaupun naratif yang digunakan adalah berbeza tetapi matlamat mereka hanya satu iaitu, memperingati hari kemerdekaan tersebut di samping usaha untuk memupuk semangat cinta akan negara dan juga menghargai kedaulatan dan kemerdekaan negara masing-masing.

Semua lapisan masyarakat idak mengira perbezaan bangsa, agama dan ideologi poitik menyertai sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dan diikuti dengan sambutan Hari Malaysia pada 16 September pada setiap tahun.

Matlamat sambutan Hari Kebangsaan tidak akan tercapai sekiranya hanya kumpulan tertentu sahaja yang menyertainya tetapi ianya harus disertai oleh semua rakyat.

Menggunakan suasana Hari Kebangsaan dan Kemerdekaan untuk mengajak semua lapisan masyarakat untuk memupuk rasa cinta dan juga untuk mempertahankan kedaulatan negara adalah satu tindakan yang bijak yang dilakukan oleh pemimpin Indonesia dan juga Singapura.

Tidak dinafikan bahawa Indonesia dan Singapura mempunyai rakyat yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi. Antara hakikat yang tidak boleh ditolak ialah, rakyat Singapura dan Indonesia akan bersama-sama menyertai sambutan Hari Kebangsaan dan Kemerdekaan dengan seikhlas hati tanpa perlu ada paksaan ataupun kepura-puraan.

 

Kita sebagai rakyat Malaysia harus sentiasa bersyukur dengan kemakmuran dan juga keamanan negara yang kita perolehi pada masa sekarang.  Negara kita mempunyai dua sambutan yang berkaitan dengan kemerdekaan dan kedaulatan negara, iaitu, sambutan Hari Kebangsaan dan juga sambutan Hari Malaysia. Hargailah sejarah negara kita, dan juga ketahuilah sejarah di sebalik kemerdekaan yang kita kecapi sekarang ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat