Berhasrat Takluk Puncak Burj Khalifa, Iron Lady Viral Ini Pernah Hampir Disambar Kilat


Wanita bukanlah insan yang lemah dan lembik. Seringkali kita didedahkan bahawa wanita atau perempuan ini sangat lemah. Jika dikatakan lembut itu memang ya, namun lembik dan lemah tidak sama sekali.

Lihat sahaja para wanita atau ibu saat melahirkan anak, mana mungkin seorang lelaki sanggup menanggung keperitan mengandung dan melahirkan, namun para wanita sanggup dan sememangnya boleh.

Malah hari ini, wanita itu umpama menjadi ikon setiap kejayaan. Jaga keluarga, bina keluarga, buat rumah, mendidik anak-anak, memasak, membasuh, mengemas rumah bahkan semua kerja lelaki wanita boleh buat.

Berhasrat Takluk Puncak Burj Khalifa, Iron Lady Viral Ini Pernah Hampir Disambar Kilat

Salah satu daripadanya adalah kisah yang viral beberapa hari yang lepas. Apabila ada seorang wanita yang digelar iron lady kerana keberaniannya memanjat puncak Menara Berkembar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) yang berketinggian 88 tingkat. Menara KLCC ini pernah menjadi menara paling tinggi di dunia sebelum dikalahkan oleh Burj Khalifa.

Difahamkan wanita yang dikenali dengan nama Normalia Sidek ini pada ketika itu ditugaskan untuk memanjat menara KLCC tersebut bagi menukar lampu di puncak mercu tanda dengan memakai alatan keselamatan.

Ekoran video yang tular menerusi media sosial itu, ia telah membuatkan orang ramai terkejut dengan keberanian iron lady  ini. Kelihatan dia langsung tidak gentar dan takut saat menjalankan tugasnya di puncak menara tersebut.

Menerusi aplikasi Twitter @MySamudera pula, Normalia Sidek yang merupakan seorang Juruteknik Akses Tali (Rope Access) ini pernah menangis ketika memanjat bangunan setinggi 30 tingkat.

Walaubagaimanapun, dia tidak menyangka ketakutannya pada ketika itu membawanya hingga ke tahap ini. Mungkin ramai beranggapan apa yang dilakukannya pada ketika ini adalah kerja gila. Namun bagi Normalia ia merupakan impian yang telah pun menjadi realiti.

Bahkan menurut Normalia atau mesra dipanggil Maya ini, memanjat bangunan tinggi dan puncak adalah pencapaian yang membanggakan. Lebih-lebih lagi apabila Maya diberi kepercayaan untuk bekerja di bangunan ikonik itu. Dia juga berhasrat untuk menakluk puncak Burj Khalifa di Dubai selepas berjaya menakluki punca KLCC baru-baru ini.

“Bucket List untuk takhluk puncak (pinnacle) Menara Berkembar Petronas dah, lepas ni Burj Khalifa di Dubai pula..”

Iron lady ini pernah hampir disambar kilat

Setiap pekerjaan pasti ada kesukarannya yang tertentu, agak mustahil jika tiada langsung sebarang kesukaran dan kepayahan, begitu juga dengan iron lady ini.  Sewaktu Maya mula melangkah masuk ke dalam kerjaya yang didominasi lelaki ini, pelbagai isu yang timbul. Salah satunya adalah isu jantina namun dengan semangat yang kental dan sentiasa positif lihatlah hasilnya hari ini.

iron lady

Maya juga turut pernah menghadapi situasi yang mengerikan ketika menjadi Juruteknik Akses Tali ini kerana hampir disambar kilat. Sewaktu kejadian dia sedang melakukan tugasan penyelenggaran di sebuah bangunan di Bangsar, Kuala Lumpur.

“Kalau ikut (SOP) bila cuaca buruk semua kerja perlu dihentikan. Tapi waktu tu cuaca cerah dan secara tiba-tiba berubah.”

“Entah bagaimana, saya nampak hujung kilat itu melalui cermin tingkap bangunan. Kami ceoat-cepat turun dari bangunan itu dalam keadaan hujan lebat.”

Jarang sekali kan kita dapat melihat dan mendengar kisah wanita yang melakukan tugas yang kebanyakan dibuat oleh golongan lelaki. Semoga perkongsian berkenaan dengan kisah iron lady ini dapat memberikan semangat kepada semua masyarakat di luar sana.

Sumber: @MySamudera

Baca juga: Diperli Jururawat Kerana Hamil Jarak Dekat, Ibu Ini Pernah Niat Gugurkan Kandungan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat