Tanda – Tanda Stres
Tanda-tanda Stres
Sebenarnya banyak tanda-tanda stres yang berlaku ke atas kita dan ia tidak datang tanpa sebab. Stres yang berpanjangan kerana tidak ditangani dangan lebih baik akan membawa kepada masalah kemurungan. Stres adalah tindak balas fizikal badan emosi perasaan dan mental kepada sebarang perubahan.
Penyakit Kulit
Jerawat tumbuh di muka juga salah satu simtom yang akan dialami oleh seseorang yang mengalami stres.Bagi yang menghidapi penyakit kurap ,kurap akan menjadi lebih teruk.Sudah tentu bagi mereka yang pentingkan penampilan, dengan tumbuhnya jerawat di muka akan menyebabkan kurangnya keyakinan diri anda.
Susah Untuk Fokus
Stres boleh menyebabkan kita sering lupa dan susah untuk fokus. Ini kerana apabila stres, kita sering hilang fokus untuk memberi tumpuan terhadap perkara lain yang terjadi di sekeliling kita. Masalah ini bukan sahaja memberi impak negatif terhadap kehidupan seharian, malahan prestasi kerja juga boleh merosot jika kita susah fokus untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan.
Sakit Kepala
Sakit kepala boleh dicetuskan oleh banyak sebab seperti osteochondrosis, kedudukan yang salah semasa tidur, tekanan darah rendah atau tinggi, sinusitis, kehamilan, dan banyak lagi. Tetapi ada kalanya sakit kepala disebabkan oleh tekanan emosi yang ada di tempat kerja atau di rumah. Mengambil pil boleh membantu sakit kepala. Tetapi, jika anda tidak mengeluarkan situasi yang teruk dari hidup anda, sakit kepala akan kembali berulang-ulang.
Gelisah
Mereka yang tertekan akan menunjukkan tingkah laku seperti keluh-kesah, gemar menggigit kuku dan menggoyangkan kaki, makan secara berlebihan, merokok, minum arak, menjerit-jerit, maki hamun, mengungkit-ungkit dan menyalahkan orang lain serta bertindak agresif. Namun semua gejala ini tidak menandakan seseorang itu menghidap sakit jantung. Mungkin simptomnya seakan sama tetapi tidak semestinya ia adalah petanda sakit jantung.
Gangguan Tidur
Senario tekanan tinggi yang berulang boleh menjadi sebab kita mengalami masalah serius dengan tidur. Kita mungkin mengalami insomnia jika berada di bawah tekanan yang tinggi untuk jangka masa yang panjang. Ini adalah keadaan yang sangat bermasalah kerana seseorang tidak dapat bekerja secara umum dan menikmati kehidupan apabila tidak tidur dengan baik. Apabila pil tidur tidak berfungsi lagi, sudah tiba masanya untuk berjaga-jaga dan mungkin berjumpa doktor. Sangat penting bagi kita untuk mencari punca untuk masalah tidur dan membasminya secepat mungkin.
Perubahan Selera
Saat mengalami stres walaupun stres tersebut sudah berlangsung cukup lama tentunya akan berpengaruh pada nafsu makan. Menurut penelitian yang ada, stres mungkin menyebabkan nafsu makan berkurang sehingga membuat berat badan kita menjadi semakin menurun. Apapun makanan yang dihidangkan bahkan makanan kegemaran sekalipun tidak membuat kita berselera memakannya.
Perubahan mood dan tingkah laku
Antara tanda-tanda yang sangat senang dilihat adalah jika kita kerap marah, sering senyap, enggan berbual, atau selalu ingin bersendirian. Malahan, mereka langsung tidak mahu untuk berbuat apa-apa.. Perubahan mood yang cepat ini tentunya akan membawa impak yang negatif ketika anda berada di dalam lingkungan sosial anda. Kebiasaannya orang-orang yang tertekan tidak mahu diberikan pertolongan oleh sesiapa sahaja. Namun sebenarnya mereka amat memerlukan sokongan dan kata-kata semangat dari orang yang terdekat.