Perkongsian CEO : Bekas Penagih Dadah Terbuang Dari Sisi Masyarakat, Bangkit Meneruskan Kehidupan Dengan Berniaga


Assalamualaikum semua dan salam sejahtera.
Hari ini dalam perjalanan saya ke Kota Bharu saya menerima suatu pesanan ringkas dalam aplikasi messenger dari salah seorang rakan niaga kita yang bagi saya sangat luar biasa hebat.
  kb
Beliau hari ini memberitahu bahawa beliau akan melangsungkan perkhawinan setelah mendapat semangat baru untuk meneruskan hidup . Sebelum ni beliau mengalamai sedikit masalah tetapi atas semangat mahu berubah beliau memulakan perniagaan ONEXOX ini dan terus berjuang untuk mendapat rezeki yang halal . Saya sudah 3 kali bertemu dengan beliau dan amat berbangga dengan segala usaha yang telah beliau lakukan.
Rate Serendah RM0.06 sen

Rate Serendah RM0.06 sen

Walaupun dia berada dalam situasi yang amat sulit bagi saya tetapi pencapaian beliau untuk mendapat lebih 300 pelanggan di suatu pekan yang kecil, menunjukkan betapa berapa banyak masa yang diluangkan oleh beliau untuk merembo (membuka gerai) siang dan malam.
Di bawah ini saya ada menyertakan screen shot perbualan saya dengan beliau.
Semoga ia menjadi inspirasi kepada kita yang rezeki sememangnya tidak pernah salah alamat.
on
07/05/2015 12:22
Bekas Penagih : Salam bos, Saya (nama dirahsiakan) . Saya ni masih baru dalam onexox.. DYSD 1xxx (No Dealer). Bukan la ada apa-apa tujuan sy mesej kat bos. Hanya ingin bercerita, berkongsi masalah je.
Sebelum ni memang saya putus asa dalam meneruskan kehidupan. Tapi entah macam mana onexox ni menjadikan semangat saya untuk membuat perubahan kehidupan saya.
Untuk makluman saya ni seorang bekas penagih dadah selama 30thn lebih..dan menghidap penyakit HIV+ selama 18 tahun lebih. Cuma belum Aids je sebab bila saya tau saya HIV+ saya terus mebuat perubahan hidup normal seperti orang lain.
  df
Saya keluar masuk penjara dan pusat serenti sahaja sebelum ni dalam kehidupan saya.. Dah ramai kawan-kawan mati disebabkan dadah dan hiv aids ni.
Namun Allah swt masih sayang pada saya, dan onexox ni betul-betul memberi semangat untuk terus saya menempuh kehidupan sehingga akhir hayat saya.
Terima kasih Onexox.
Walau macam mana pun saya mohon bos rahsia kan latarbelakang saya ni dgn masyarakat.
Ok la..perasaan lega di hati sy bila dapat meluahkannya pada bos.. Harap bos doakan saya bekas drug addict berpenyakit hiv aids ni berjaya dlm onexox ni. Wasalam.
CEO Onexox : Waalaikumsalam tuan …insyallah rezeki tak pernah silap alamat walaupun alamat tu dulu penuh dengan sejarah silam . Setiap dosa yng dilakukan umatnya telah pun dimaafkan oleh Allah SWT.
Terus berusaha dan buktikan kepada masyarakat yang anda boleh berjaya insyallah.
12/11/2015 11:33
Bekas Penagih : Asslm..Tuan..
Lepas hajat saya bila dah dapat berjumpa dengan Tuan.. InsyaAllah semuga ia membantu CD4 sel darah putih saya dalam H.I.V terus meningkat.
Onexox ni membantu semangat untuk saya terus hidup bersama masyarakat normal biasa..yang mana sebelum ni saya rasa tiada lagi peluang untuk saya berjaya dalam kihidupan.
Allah Swt membawa Tuan untuk menyelamatkan kehidupan saya yang kecewa sebelum ni..
Terima kasih Tuan.
CEO Onexox : Alhamdulillah insyallah tuan ….peace ..kita boleh
27-28/2/16 (15:36)
Bekas Penagih : Alhamdulillah, InsyaAllah.. walaupun ada sakit HIV saya ni..masih ada perempuan yang sanggup menerima selepas saya beritahu status..selepas malam Gala tu saya balik terus ke (rahsia) sbb pagi ahad tu final kursus untuk dapatkan sijil..
  dr
CEO Onexox : Alhamdulillah tuan.
Bekas Penagih : Terima kasih Tuan di atas sokongan dan semangat yang Tuan beri kan pada saya. Semuga Allah Swt membalasnya. Jumpa lagi Tuan. Target 2 tahun saya untuk dapatkan 1000 user tier1.
CEO Onexox : Terima kasih kat Tuan sebab percaya dgn saya. Saya doakan agar tuan murah rezeki.
Bekas Penagih : Alhamdulillah.. Insya Allah semuga Allah swt makbulkan doa Tuan kepada diri saya..
Terima kasih Tuan.
CEO Onexox : Boleh saya kongsi cerita ni? Saya tak dedahkan nama
Nak bagi tau kat org lain yg sihat segar bugar ni supaya jadi kan cerita awak sebagai inspirasi
Bekas Penagih : Ok boleh Tuan kalau tak dedahkan nama dan tempat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat