Majlis Kesyukuran Zulfadhli Dan Yatt Hamzah di Kota Bharu
SABTU , 23 APRIL 2016 : Telah berlansungnya majlis kesyukuran perkahwinan bagi pasangan pengantin Zulfadhli Khiruddin dan Yatt Hamzah .Sebelum itu , mereka telah pun dinikahkan pada 27 Februari 2016 di Shah Alam . Majlis itu berlangsung di rumah pengantin lelaki di Kampung Padang Bongor , Jalan Pengkalan Chepa , Kota Bharu Kelantan . Ayah Zulfadhli merupakan seorang Tok Penghulu di kampung tersebut iaitu Khiruddin Abdul Wahab .
Majlis bermula pada pukul 12.00 tengah hari hingga pukul 5.00 petang . Rombongan pengantin perempuan tiba pada pukul 12.30 tengah hari . Selepas usai solat fardu zohor , majlis mula dibanjiri dengan para tetamu . Para tetamu ada juga terdiri daripada VIP . Para tetamu tidak putus-putus membanjir majlis tersebut . Pasangan pengantin juga turut bergambar bersama tetamu yang hadir . Suasana majlis amat meriah dengan gelagat-gelagat para tetamu . Akhir sekali , semoga Zulfadhli dan Yatt Hamzah bahagia bersama keluarga tersayang dan berkekalan hingga ke syurga . In Shaa Allah , Ameen .

Yatt dan suami menjamu selera

cenderahati daripada pasangan pengantin

Bapa mertua Yatt disebelah kanan (berjubah merah jambu)

Zulfadhli mengajar Suci menunggang kuda sehari sebelum majlis berlansung .