PENCULIKAN KANAK KANAK : Kisah Van Putih Yang Pernah Dinafikan Oleh PDRM
Sebelum ini, pihak PDRM telah menafikan adanya penculikan menggunakan van berwarna putih yang berlaku sekitar Selangor. Penafian Polis Selangor itu turut dikongsi Polis Diraja Malaysia melalui laman Facebooknya.
PDRM menafikan khabar angin bahawa van putih menggunakan plat negara jiran sedang berkeliaran dan menculik kanak-kanak sebagai mangsa organ di kawasan Selangor terutamanya daerah Sabak Bernam.
Melalui laman Facebooknya, Polis Selangor menegaskan maklumat yang tersebar luas dalam media sosial itu sama sekali tidak benar dan palsu semata-mata.
Menurut kenyataan itu lagi, orang ramai dinasihat tidak mempercayai khabar angin itu yang dikatakan cuba menimbulkan kegusaran kepada masyarakat setempat.
Namun, pelbagai kejadian penculikan semakin menjadi jadi serta menyayat hati terus berlaku tanpa pendedahan media. Ibubapa mungkin leka tanpa menyedari penafian PDRM itu mungkin merupakan strategi mereka untuk menangani jenayah ini mungkin silap.
Terbaru, kejadian dipost oleh Ahmad Kamal merupakan kejadian yang amat menyayat hati. Seorang kakak berumur 11 tahun diculik oleh orang Kemboja. Beliau cuba dirogol tetapi dapat melarikan diri namun adik beliau yang berumur 6 tahun telah mati dibunuh dan dibuang dalam parit di Felcra bt 9, Sijangkang.
Ikuti nasihat dari Warga Prihatin di sini
Sebelum ini, kejadian pada tahun 2014 berkenaan penangkapan terhadap seorang lelaki menaiki van putih yang cuba menculik kanak-kanak berjaya ditangkap hasil kerjasama orang awam dan anggota polis telah tersebar luas melalui media sosial serta mendapat pujian orang ramai.
Kejadian ini haruslah menjadi iktibar dan seruan kepada ibubapa sekalian agar memerhatikan anak anak kecil serta menjadi warga yang prihatin. Melalui keprihatinan kita, Insya Allah dapat membendung jenayah seperti ini dari berleluasa.
Kongsikan pada ibubapa dan rakan rakan agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi dan lagi.
“DOA SELAMAT BUAT ANAK-ANAK KITA”.