3 Cara Menarik Rezeki Datang Pada Kita
“Rezeki tidak pernah salah alamat” ayat yang sering kali didengar atau dibaca. Tetapi tanpa usaha rezeki juga tidak akan datang bergolek. Tapi kadangkala kita dah berusaha sehabis tenaga tapi tiada juga rezeki buat kita. Takpe. Mungkin Allah tahan dulu supaya kita ada rasa untuk meminta kepada DIA, Tuhan yang Maha Memberi.
Jadi antara 3 cara yang boleh kita amalkan bagi menarik rezeki itu datang pada kita adalah dengan :
1. Bersedekah
Rezeki itu milik ALLAH, semakin kita ikhlas memberi atau bersedekah kepada orang lain InshaAllah DIA akan permudahkan rezeki kita. Bahkan kalau kita sedekah RM1 inshaAllah balasan yang kita dapat lebih lagi. Mungkin bukan dalam wang ringgit tapi rezeki dari segi lain, orang bagi makanan kat kita ke, belanja kita makan ke. Itu semua rezeki.
2. Berdoa
Selepas kita dah penat berusaha tetapi tiada juga rezeki buat kita maka berdoalah. Memohon la pada Dia. Berdoalah bersungguh-sungguh sebab memang sifat semulajadi manusia adalah berdoa dan meminta. Bukan sahaja dalam solat kita disarankan untuk berdoa, tetapi dimana-mana sahaja kita boleh berdoa. Sewaktu berdoa, luahkan semuanya, keluarkan apa yang kita inginkan, bercakaplah dengan Allah melalui doa seperti mana kita bercakap dengan manusia.
3. Solat Sunat Dhuha
Solat Sunat Dhuha sering dikaitkan dengan magnet rezeki. Dengan solat sunat Dhuha InshaAllah rezeki kita semakin mendekat. Solat ini sering dilakukan oleh ahli perniagaan muslim yang berjaya. Solat sunat dhuha merupakan salah satunya solat yang boleh memudahkan rezeki datang pada kita. Jika kita amalkan selalu, InshaAllah rezeki buat kita akan terbuka luas.
Antara amalan lain yang boleh kita lakukan untuk menarik rezeki datang pada kita adalah kita boleh amalkan membaca Surah Al-waqiah selepas maghrib, Istighfar sekurang-kurangnya 100 kali selepas solat fardhu dan membaca Surah Yassin setiap pagi.