Peningkatan Ketara Untuk KDNK Sebanyak 80%

Sumber Rujukan : Safina Ramli

Zon Perdagangan Bebas Digital (DTFZ) yang dilancarkan secara rasmi hari ini mampu menyumbang kepada peningkatan sehingga 80 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tunk Razak berkata, peningkatan itu dijangka melalui pertambahan aktiviti dagangan melibatkan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang memasuki pasaran global selepas DFTZ diwujudkan.“Sektor PKS pada hari ini menyumbang kepada 37 peratus KDNK, tetapi dengan adanya DFTZ saya yakin KDNK boleh meningkat sehingga 80 peratus.

Ini kerana barangan yang dahulunya hanya dijual di dalam negara oleh usahawan PKS kini boleh dijual di pasaran global dengan kewujudan DFTZ. Saya percaya pencapaian ekonomi dapat digandakan dengan menggunakakn medium ekonomi digital ini,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran DFTZ.

Yang turut hadir Pengasas dan Pengurus Eksekutif Alibaba Group, Jack Ma dan Ketua Pengawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Datuk Yasmin Mahmood.

Menurut Perdana Menteri, DFTZ yang meurpakan hab ekonomi digital pertama di dunia  di luar China yang memberi tumpuan kepada pengembangan pasaran usahawan PKS dan usahaawan muda adalah bukti bahawa kerajaan cekap dalam melaksanakan agenda pemantapan ekonomi negara.

“Jack dan saya berjumpa kira-kira empat bulan yang lalu dan ramai yang tertanya-tanya sama ada Malaysia mampu lakukanya.”

“Pelancaran DFTZ merupakan bukti kepada seluruh dunia bahawa Malaysia mempunyai kerajaan yang cekap apabila mampu melaksanakan DFTZ dalam tempoh empat bulan sahaja,” katanya.

Najib berkata, kerajaan juga bersedia menawarkan kawasan dengan keluasan 46, 451.52 meter atau 500,000 kaki persegi di Bandar Malaysia di sini untuk dijadikan sebagai hab untuk semua usahawan PKS berkumpul dan memulakan platform perniagaan e-dagang di sana.

Tambahnya, kerajaan juga bersetuju menyediakan kawasan seluas lapan hektar di KLIA Aeropolis bagi melaksanakan inisiatif e-servis yang menjadikan salah satu komponen dalam DFTZ, malah sedia memberi pertimbangan untuk menambah kepada 36 hektar.

“Usaha ini merupakan satu kejayaan baharu yang dicapai negara dan pelaksanaannya sudah tentu akan membawa pelbagai manfaat kepada ekonomi dan negara,” katanya.

Tag:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat