Kenapa Pilih Bersalin Di Hospital Swasta? Aku Menangis Dalam Kereta Sampai Ke Rumah Kerana Diagnosis Doktor “Tak Pasti’
Katakan anda mengandung buat pertama kali. Tentu sekali tercari-cari tempat bersalin yang sesuai. Bukan untuk diri sendiri sahaja, tetapi untuk bayi juga. Pilihan sama ada hospital kerajaan atau hospital swasta selalu bermain di fikiran ibu mengandung semua.
Ada yang buat pilihan atas pengalaman kawan dan rakan sekerja serta ada juga yang buat pilihan atas pengalaman sendiri.
Disini kami ada kongsikan satu pengalaman daripada seorang pengguna Facebook, Fatin Amierah Zabri tentang mengapa dia memilih untuk bersalin di hospital swasta berbanding hospital kerajaan.
Kenapa pilih bersalin di hospital swasta?
Status ini bukan nak kondem mana-mana pihak . Tak kisah pun bersalin kat mana-mana sebab sakit bersalin itu sama je. Tapi aku sebenarnya ada kenangan pahit dengan hospital kerajaan.
Masa aku awal-awal mengandungkan Orked, kandungan 7 minggu . Aku bleeding. Keluar darah fresh dengan darah beku, bayangkan lah masa tu dah pukul 11.30 malam. Menggeletar tangan masa tengok darah kat tisu tu. Dah la sebelum tu aku pernah gugur. Takkan lah kali ni pun gugur jugak.
Sampai je hospital, doktor datang check.
Dia masukkan muncung itik. Seluk dalam sangat untuk cek jalan. Pastu amik pulak mesin scan yang entah bila tahun punya mesin tu. Dia letak scanner tu kat perut, nampak la kantung yang sangat kabur kat screen.
“Kantung baby ada lagi ni, tapi i tak pasti la masih okay ke tak”.
Tiba tiba nampak berkelip kelip dalam kantung tu.
“Doc, tu bukan jantung baby ke? Nampak kelip kelip.
“Mungkin. Tapi tak pasti la apa i nampak. Macam ni la, rasa baby awak dah takde ni. Awak balik dulu, kalau turun darah atau kantung datang balik ye”.
TAK PASTI? TAK PASTI?
Aku balik dengan tangisan. Menangis dalam kereta sampai la ke rumah. Malam tu tak boleh tidur sampai ke pagi. Pagi pukul 10, kami pergi pulak ke hospital swasta. Terus direct jumpa pakar. Masuk bilik doktor. Aku cerita semua apa yang berlaku. Dia mintak aku baring untuk scan.
“Puan, baby you ada. Jantung pun dah ada. Everything just fine. You punya rahim lemah sikit. I bagi ubat kuatkan rahim. You balik rehat je. Jangan buat kerja berat. Bedrest je.
Then lagi satu, actually dorang tak boleh suka hati korek untuk check jalan sebab kandungan you kecik, masih fragile. Silap silap you boleh gugur tau”.
Allahu rasa nak gugur jantung.
Macam mana hospital boleh kata Orked dah takde? Orked dah selamat pun lahir. Bila teringat balik trauma nya! Lepas tu bertekad terus taknak pergi lagi hospital tu. Hmmm.
Macam yang aku cakap, ni pengalaman aku. Aku cuma kongsi. Takde niat nak jatuhkan mana mana pihak.
Kesimpulannya, bagi ibu-ibu mengandung yang terus membuat pilihan hospital bersalin yang dicadangkan oleh kawan tanpa berfikiran panjang. Perlu diingat bahawa, pengalaman kawan di sana mungkin bagus untuk dia, tetapi belum tentu untuk kita. Jika ada kesangsian, jangan takut untuk dapatkan ‘second opinion’ doktor lain di klinik swasta. Kadang kadang Doktor di Hospital kerajaan ni kepenatan kerana perlu uruskan beratus pesakit setiap hari, menyebabkan kes di atas terjadi.
Oleh itu, buatlah pilihan yang rasional, berdasarkan fakta dan bukan pengalaman semata-mata. Semoga bermanfaat untuk ibu-ibu mengandung semua.