Cara Baiki Paip Air Yang Menitis, Sangat Mudah. Semua Orang Boleh Buat!


Zaman sekarang zaman serba moden dan pastinya setiap rumah memiliki paip air di setiap sudut rumah. Di dalam tandas, di dalam bilik air, di dapur, di ruang tamu dan juga di luar rumah. Malah zaman sekarang jarang sekali jika setiap rumah tiada paip air yang mengeluarkan air bersih secara langsung.

Berbeza dengan zaman dahulu, berpuluh-puluh tahun dahulu, kebanyakan penduduk di muka bumi dan Malaysia khususnya, akan mengambil air di sungai ataupun dari telaga. Telaga tersebut juga berada di luar rumah.

Tidak dinafikan, mempunyai aliran air yang bersih secara langsung ia memudahkan setiap urusan kita. Namun begitu, semakin banyak paip air di rumah semakin banyak komponen yang harus dibaiki.

Malah jika anda seorang yang tidak mengetahui cara-cara untuk menggantikan paip air jika berlaku kerosakan. Kadang-kadang kerosakan tersebut sedikit sahaja, iaitu air menitik. Jika tidak dibaiki, kerosakan tersebut akan menjadi bertambah teruk. Satu hal pula nak cari plumber.

Jadi apa kata kita buat sendiri sahaja. Sangat mudah, tak perlu panggil plumber pun. Yang wanita, anak gadis pun boleh buat sendiri. Sebab ianya sangat mudah tau.

Cara Baiki Paip Air Yang Menitis, Sangat Mudah. Semua Orang Boleh Buat!

  1. Sebelum buat apa-apa, tutup dahulu punca air. Kemudian baru buka cap guna skru mata leper. 
  2. Apabila dah buka, keluarkan skru menggunakan screw driver mata Philip. Jika tiada screw driver bersesuaian, boleh sahaja pusing ikut lawan jam untuk keluarkan valve dalamnya. 
  3. Bagi paip yang berjenama dan mahal akan guna valve dari tembaga bukan plastik.
  4. Setelah keluarkan valve, kita dapat lihat di dalamnya ada 3 barang. Inilah yang selalu punca air menitis. Ia berlaku boleh jadi sebab tersekat dek keladak. Boleh ganti(beli dekat hardware) atau cuci. 
  5. Selepas ganti, masukkan ikut slot yang betul atau ikut lubang yang betul. Paling penting bahagian kilat kena bersemuka. Kemudian masukkan seal. 
  6. Selepas itu, masukkan semula valve tadi. Boleh pusing guna tangan kemudian pasang skru dan cap tadi semula. 
  7. Selesai. paip air

 

Sangat mudah kan cara baiki paip air ini? Benda kecil buat apa nak cari plumber bagai. Bukan benda susah atau berat pun, hanya perlu ada kemahiran dan kefahaman sahaja. Tak perlu nak menuntut ilmu masuk kelas bagai, tengok sahaja teknik dan langkah di atas ini dan lakukan mengikut caranya.

InshaAllah, semuanya akan menjadi seperti biasa. Cuma kalau korang memang tak berani nak buat, bimbang paip akan rosak lebih teruk, panggil sahaja plumber atau mereka yang handal dalam bidang kepaipan ini.

Tapi tak nak juga panggil mereka yang mahir dalam bidang ini? Beli sahaja paip yang baru, lagi mudah dan cepat. Apa pun selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Kredit: TikTok Yan Ian

Baca juga:  Ini Dia Cara Mudah Buat Bayaran PTPTN Melalui Aplikasi myPTPTN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat