Penderaan Kanak-Kanak


Setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk hidup sihat dan bebas dari keganasan. Setiap tahun, semestinya ada laporan tentang kanak-kanak di Malaysia yang menjadi mangsa penderaan dan pengabaian kanak-kanak. Penderaan kanak-kanak adalah masalah yang amat besar.

Ia memberi impak serius terhadap kesihatan mental dan pertumbuhan fizikal kanak-kanak, kesejahteraan dan perkembangan sepanjang kehidupan mereka.

Penderaan Kanak-Kanak

Sebenarnya kes penderaan sudah lama berlaku, cuma masyarakat Malaysia kurang menyedari masalah tersebut sebagai satu isu yang perlu diberi perhatian. Hal ini kerana ia melibatkan ahli keluarga atau kenalan rapat, justeru ia tidak dilapor demi menjaga nama baik dan maruah keluarga.

Apakah Penderaan Kanak-kanak?

Penderaan Kanak-Kanak

  • Merangkumi semua jenis penderaan fizikal atau emosi, penderaan seksual, pengabaian atau kelalaian atau eksploitasi komersial, yang boleh atau telah menyebabkan kerosakan pada kesihatan mereka dari segi perkembangan atau harga diri. Ini adalah dalam konteks di mana pendera ada hubungan tanggungjawab, kuasa keatas kanak-kanak berkenaan atau pendera ialah seseorang yang dipercayai oleh mereka.
  • Penderaan Kanak-kanak secara amnya dibahagikan kepada empat jenis penderaan termasuk :
    • Pengabaian
    • Penderaan fizikal
    • Penderaan seksual
    • Penderaan emosi

Jenis-jenis Penderaan Kanak-kanak

1. Pengabaian

  • Pengabaian berlaku apabila kanak-kanak menginap dirumah di mana orang dewasa tidak memberi keperluan asas.
    • Fizikal – (tidak menyediakan keperluan seperti makanan, tempat perlindungan, atau kekurangan pengawasan yang teliti)
    • Perubatan – (tidak memberikan rawatan atau perawatan kesihatan mental)
    • Pendidikan dan penyeliaan – (tidak memberikan pendidikan atau menawarkan perkhidmatan khas)
    • Emosi
      • Kurang perhatian terhadap keperluan emosi kanak-kanak
      • Kegagalan untuk menyediakan penjagaan psikologi
      • Membenarkan kanak-kanak untuk minum alkohol atau menggunakan dadah
    • Diambil kira nilai budaya, piawaian penjagaan dan tahap kemiskinan sebelum kes dilaporkan sebagai kes pengabaian.

2. Penderaan fizikal

  • Kecederaan fizikal (kecederaan yang ringan sehingga kecederaan yang teruk).
    • Disebabkan oleh tumbukan, tamparan, sepakan, gigitan, goncangan, campakkan, tikaman, tercekik, pukulan atau apa-apa yang mencederakan kanak-kanak.
    • Dikenal pasti sebagai penderaan tidak kira sama ada penjaga berniat untuk mencederakan kanak-kanak atau tidak.
  • Tidak bertujuan untuk menyakitkan atau menyebabkan kecederaan.
    • Ia mungkin bertujuan untuk mendisiplin yang berlebihan atau hukuman fizikal.
    • Gangguan dari tangisan bayi dan ketidakupayaan untuk mengendalikannya.

3. Penderaan Seksual

  • Sebarang aktiviti yang bermaksud untuk mendapat kepuasan dan memenuhi kehendak orang dewasa atau remaja. Di mana mengikut umur atau perkembangan boleh mengambil tanggungjawab dan dipercayai. Ini termasuk:
    • Mempengaruhi atau memaksa mereka dalam aktiviti seksual yang menyalahi dengan undang-undang.
    • Ini seperti pelacuran atau penghasilan gambar lucah.
  • Setiap kanak-kanak berhak mempunyai seorang dewasa yang dapat menyayangi dan menyokong mereka untuk membesar.

4. Penderaan emosi

  • Biasanya sukar untuk dibuktikan.
  • Biasanya berlaku apabila penderaan jenis lain dikenal pasti:
    • Pelbagai cara memperkecilkan seseorang (termasuk kaki buli di sekolah).
    • Tabiat suka mengenakan orang lain.
    • Memperkecil dan memalukan.
    • Menolak perawatan.
    • Mengurung kanak-kanak di dalam almari gelap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat