Awas ! Jangan Biarkan Syaitan Mengikat Dan Kencing Ke Dalam Telinga Anda
MEREKA YANG TERIKAT DAN DIKENCING KE DALAM TELINGANYA.
Beberapa orang yang mendengar kuliah di masjid bersembang hal susah untk bangun malam untuk qiamullail.Ada yg kata tak terjaga langsung,ada yg kata terjaga,tetapi tak rasa nak bangkit,rasa mengantuk dsbnya.Pernahkah anda terasa masalah begini dalam usaha mendirikan malam?Apa sebabnya.Jangan mudah mengaku kerana kita letih,kerana perlu tidur yang cukup.Hakikatnya nabi telah terangkan sebab tidur kita hingga ke pagi,tak terjaga,jika terjaga terasa berat nak bangun solat malam.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ’anhu bahwa Nabi shollallahu ’alaih wa sallam bersabda: “Syaitan akan mengikat tengkuk salah seorang di antara kamu apabila ia tidur dengan tiga ikatan. Syaitan meniupkan setiap simpul ikatan atas kamu dengan mengucapkan: Bagimu malam yang panjang maka tidurlah. Apabila ia bangun dan berdzikir kepada Allah ta’aala maka terbukalah satu ikatan. Apabila ia wudhu, terbuka pula satu ikatan. Apabila ia solat, terbukalah satu ikatan. Maka, di pagi hari ia penuh semangat dan segar. Jika tidak, niscaya di pagi hari perasaannya buruk dan malas.” (HR Bukhary 4/310)
Dari hadis diatas jelas yg menyebabkan kita tidur terus hingga ke pagi adalah syaitan kerana ia mengikat kita dg tiga ikatan.Maka sebelum tidur,niatlah untuk bangun awal pagi untuk bersolat sunat tahajjud dan membaca quran.Kemudian bila terbangun,ucapkan kalimah zikir untuk merungkai ikatan pertama dan segera bangun untuk berwuduk,akan terungkai ijatan kedua.
Setelah itu dirikan solat tahajjud maka terungkai ikatan ketiga,bebaslah kita dari ikatan syaitan,insyaallah tak mengantuk lagi,apa lagi bila kita membaca quran.Nabi pernah bertatanya syaitan“Jika umatku membaca Al-Quran kerana Allah, bagaimana perasaanmu?”
Jawab syaitan:“Jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah, maka rasa terbakarlah tubuhku, putus-putus segala uratku lalu aku lari daripadanya.”
Dari hadis diatas juga nabi menyebutkan orang yg mendirikan malam akan lebih bersemangat dan segar waktu pagi dari orang yg terus tidur hingga ke pagi yg terasa malas.
Jadi inilah jalan yg diajar dan ditunjuk oleh nabi supaya setiap orang kita bangun mendirikan malam,setiap malam bukan bermusim,bukan bila ada program, bukan mesti beramai,bukan bila datang 10 ramadan sahaja.Bangunlah awal pagi setiap hari utk sekurangnya solat 2 rakaat dan baca quran.
Ubahlah jadual kebiasaan kita.Waktu pagi bagi kita jam 4.30 pagi,itu waktu bangun tidur, bukan jam 6 pagi.Untuk mencukup tidur,maka waktu tidur kita jam 10 malam mandatory,dgn itu kita tidur 6 jam setengah.Jangan peduli apa rancangan tv pun kerana hakikat disebalik rancangan tv itu adalah tersembunyi rancangan syaitan yg mengajak tidur lewat supaya kita tidak bangun untuk qiamullail.
Perhatika satu lagi hadis.Dari Abdullah ibnu Mas’ud , dia berkata: “Disebutkan tentang seseorang di hadapan Nabi dengan mengatakan: ”Ia senantiasa tidur hingga subuh, ia tidak bangun untuk sholat.” Maka Nabi bersabda: “Syetan telah kencing di telinganya.” (HR Bukhary 4/313)
Mahukah anda semua dikencing ke dalam telinga anda?Nabi yg sebut, sesungguhnya nabi hanya berkata yg benar,tetapi kita sahaja yg engan.Jika anda terus bersikap tidak mahu mendirikan malam sesungguhnya anda redho diikat dan dikencing ke dalam telinga hingga ke pagi.Jijiknya mereka yg tidak mendirikan malam hingga menjadi ibarat jamban kpd syaitan!