Para Graduan, Jangan Lambung Mortarboard
Menghampiri hujung tahun, ramai mahasiswa-mahasiswi menghadiri majlis graduasi sebagai tanda tamat pelajaran yang diambil di universiti atau kolej tidak kira universiti swasta atau universiti umum. Majlis graduasi masa kini biasanya diakhiri dengan membaling Mortarboard. Apakah maksud mortarboard? Apa itu Mortarboard?
Maksud perkataan mortarboard adalah sejenis topi yang dipakai oleh mahasiswa diseragamkan dengan jubah graduasi di majlis konvokesyen. Mortarboard itu direka petak dan rata di atasnya yang mana guru yang akan menyampaikan ijazah/shahadah akan letakkan Al-Qur’an. Berikut adalah karangan saudara Wan Fayhsal mengenai mortarboard dengan lebih lanjut.
Saat-saat yang ditunggu selepas setiap majlis konvokesyen antaranya ialah melambungkan mortarboard ke udara. Sempat saksikan hal yang sama di majlis konvokesyen isteri tadi. Mungkin inilah salah satu kerugian seperti almarhum al-Allamah Shaykh Abul Hasan Ali al-Nadwi telah karangkan: ماذا خسر العالم بانحطاط المسلمين bermaksud apakah kerugian kepada dunia bilamana umat Islam mundur?
Bilamana kita sendiri umat Islam jahil dan lupa akan tradisi konvokesyen yang mana mortarboard itu direka petak dan rata di atasnya yang mana guru yang akan menyampaikan ijazah/shahadah akan letakkan Al-Qur’an sebagai tanda bahawa amanah ilmu yang berat pada masa yang sama diperingatkan akan amanah meneruskan misi Nubuwwah bagi yang sudah punyai ilmu yang selayaknya. Untuk kupasan lanju sila tonton video syarahan saya bertajuk “Mencari Ma’na Universiti” di youtube.
Hakikatnya, majlis konvokesyen seharusnya menimbulkan rasa yang amat insaf dan pilu mengenangkan amanah ilmu. Apakah daya kini, rata-rata ianya bersifat al-huna al-aniyah here and now, tiada lagi vertical element dan tradisi yang menghubungkan mata rantai ilmu. Bukan salah mereka tapi salah kita kerana kita kaum Muslimin yang jahil dan gagal menerangkan kepada umat manusia akan tradisi yang pada asalnya bermula dengan kita dan amat sakral ini.
Walaubagaimanapun, saya suka lihat para graduan perubatan tadi berikrar ke atas Sumpah Hippocrates ‘Hippocratic’s Oath’ yang menjadi asas kepada initiation process yang menghubungkan para graduan kepada William Harvey, Maimonides, Ibn Rushd, Ibn Sina, Hippocrates, Galen bahawa amanah sebagai tabib/doktor perubatan ini sesuatu yang sakral/kudus/suci dan insani.