Adakah Dengan Berpuasa Dapat Mencegah Kita Daripada Penyakit Berbahaya?

Sumber Rujukan : iluminasi.com

Secara khususnya, puasa merupakan rukun islam yang ke tiga bagi umat islam. Setiap tahun umat islam diwajibkan untuk berpuasa di bulan Ramadhan. Namun, tanpa kita sedari ada pakar yang mengkaji puasa ini sebagai satu cara untuk mencegah penyakit berbahaya.

Adakah Puasa dapat mencegah penyakit berbahaya?

Secara umumnya, puasa mempunyai pelbagai manfaat, termasuk penyembuhan penyakit ringan dan kronik dengan berpuasa secara rutin. Bagi yang mengamalkan pemakanan tidak sihat, berpuasa boleh menjadi terapi dalam mencegah pelbagai penyakit. Penyakit ini berpunca daripada makanan serta gaya hidup yang tidak sihat.

Pada Oktober 2016 yang lalu, seorang saintis daripada jepun dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Nobel Perubatan. Beliau telah membawa pulang wang tunai sebanyak RM3.9 juta. Anugerah tersohor ini dianugerahkan  atas penemuan beliau mengenai bagaimana proses pemecahan sel-sel badan berlaku dan mengitar semula komponen-komponen yang dikenali sebagai “autophagy”.

Penemuan itu telah diberi nama sebagai “mechanism for autophagy”, ia adalah sejenis proses asas dalam sel-sel yang mana para saintis mempercayai bahawa boleh memberi manfaat untuk melawan barah dan dementia.

autophagy

Autophagy berasal dari perkataan Greek iaitu auto (sendiri) dan juga phagein (memakan). Dengan kata lain, membawa  maksud memakan diri sendiri. Ia merupakan satu proses pengitaran semula sel dalam badan.

Sel-sel di dalam badan kita sememangnya telah diprogramkan untuk mempunyai jangka hayat yang tertentu. Setelah sel-sel ini rosak atau telah menjadi tua di mana ia tiada lagi tenaga untuk mengekalkan fungsinya, ia perlu dibuang dari badan.

 

Bagaimana Barah Boleh Berlaku?

proses barah bermula

Barah boleh terjadi sekiranya sel-sel lama yang ada masih tidak mati. Jika sel-sel yang telah lama atau tua tidak mati dan tidak digantikan dengan sel-sel baru, sel-sel lama ini akan terus berkembang dan bertambah. Ini akan menghasilkan sel-sel yang tidak normal dan tidak dapat melakukan fungsi asal mereka.

Tambahan lagi, sel-sel ini akan berkembang tanpa henti seterusnya mengganggu fungsi sel-sel lain di sekitar mereka. Perkara ini akan merangsang mutasi sel dan akan memberikan kesan buruk kepada sistem organ.

Apabila sel-sel ini dibiarkan tidak terkawal, ia akan termutasi dan berkembang diluar kawalan, ia akan membentuk satu tisu yang besar yang dikenali sebagai tumor atau ketumbuhan (sebagai contoh leukemia).

Maka, inilah merupakan titik permulaan terjadinya barah, yang dibahagikan kepada lima kategori utama, iaitu karsinoma, sarkoma, leukemia, limfoma dan CNS, bergantung kepada di kawasan di mana terjadinya pertumbuhan sel-sel tidak normal ini.

Titik permulaan barah

 

Apa kaitan proses autophagy dan berpuasa?

Pada tahun 1962, proses autophagy ini dilihat terbentuk apabila saintis menyedari pertambahan jumlah lysosomes. Lysosomes merupakan bahagian sel yang menghancurkan sel lain) di dalam hati tikus setelah disebatikan dengan glucagon.

insulin vs glucagon 240

Kekurangan nutrisi dan zat merupakan pengaktif utama proses autophagy. Apabila kita makan, insulin dalam badan akan meningkat, dan ini menyebabkan penurunan glucagon, dan apabila kita tidak makan (berpuasa) maka insulin akan menurun dan glucagon akan meningkat.

Peningkatan glucagon inilah yang merangsang proses autophagy ini. Jadi, untuk mengaktifkan proses autophagy, kita perlu berpuasa!

Berpuasa bukan sahaja memberikan badan kita peluang untuk membuang “barang lama”, ia malah merangsang pertumbuhan hormon, yang memberitahu badan kita supaya mula untuk menghasilkan “barang baru”.

Jadi dengan berpuasa boleh membuatkan badan kita menjalani proses pengubahsuaian yang lebih lengkap dan teratur.

 

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat