Nasihat Untuk Fresh Graduate Bergaji RM2,000 Ke Bawah Bagi Tahun 2018

Sumber Rujukan : Khalif Samsudin

Andaikan misi utama fresh graduate selepas tamat pengajian adalah mengumpul modal kahwin sebanyak RM20,000 (kahwin simple-simple). Mengikut cara kebiasaan, mereka yang bergaji RM2,000 ini kenalah menyimpan RM500 sebulan selama 40 bulan untuk cukupkan modal kahwin. 40 bulan itu bersamaan dengan 3 tahun 4 bulan!. Banyak kan kalau nak meyimpan RM500 sebulan tu!, Lama jugak kan kalau nak tunggu sampai 3 tahun 4 bulan tu!, Atau ada cara sebaliknya?

Kalau saya, begini caranya.

Katakan anda berpendapatan sebanyak RM2,000 sebulan sekarang. Bahagikan pendapatan anda kepada 6 bahagian (wajib dicatatkan dan dijadualkan).

BELANJA UNTUK MAKANAN/ SARA HIDUP – RM450
BELANJA UNTUK TEMPAT TINGGAL – RM300
BELANJA UNTUK SEDEKAH & IBU/BAPA/KELUARGA – RM200
BELANJA UNTUK NETWORKING & MENUNTUT ILMU – RM300
BELANJA UNTUK PENGANGKUTAN – RM500
BELANJA UNTUK INVESTMENT – RM250

Belanja Untuk Sara Hidup/ Sara Hidup

Sebagai fresh graduate, anda perlukan makan untuk teruskan hidup sahaja. Pastikan anda bersederhana dalam belanja untuk makanan (sara hidup). Jumlah sebanyak maksima RM450 mungkin sudah cukup jika anda pandai berjimat. Peruntukkan sekitar RM15 sehari untuk perbelanjaan hidup walau apapun yang berlaku. Kalau boleh masak sendiri lagi banyak berjimat dan lebih bagus. Bahagikan RM5 untuk pagi, RM5 untuk tenghari/petang dan RM5 untuk malam.

Masa saya fresh graduate dahulu dengan bergaji RM2,000, breakfast saya makan roti di rumah, tenghari saya makan kuih-kuih RM3 + RM1.50 air di warung, dan malam saya masak nasi sendiri dan lauk ringkas seperti sambal sardin dan ulam. Makan untuk hidup, belum masanya lagi kita nak enjoy makan dengan gaji kita hanya RM2,000! Teringat saya bagaimana Rasullullah s.a.w memilih tempat makan, kerusi dipastikan tidak bersandar, untuk mengelakkan makan sehingga kenyang terdampar. Makan yang berlebihan bukan sahaja tidak bagus untuk kesihatan, malah mengurangkan produktiviti.

Belanja Untuk Tempat Tinggal

Tempat tinggal merupakan keperluan asas manusia seperti makanan. Carilah tempat tinggal yang agak rendah bayaran sewanya. Saya nasihatkan fresh graduate jangan sesekali membeli rumah lagi seawal usia muda ini, carilah rumah atau bilik sewa dalam lingkungan harga RM300 sebulan. Semasa umur muda ini, rumah hanyalah tempat tidur dan rehat sahaja. Banyakkan masa di luar untuk berjumpa orang dan mencari ilmu.

Biarlah kita menyewa bilik atau rumah dahulu sekarang. Kalau boleh elakkan membeli rumah di awal usia muda ini. Fresh greaduate dan anak muda jangan mudah terpengaruh dengan orang-orang sekeliling. Adakah yang mempengaruhi anda itu adakah mereka sudah berjaya di dalam hidup mereka? Bagi saya, pemilikan rumah di usia muda hanyalah ilusi, ilusi yang menunjukkan kita sudah berjaya, tetapi hakikatnya tidak. Tanya diri anda sendiri. Banyakkan berfikir.

Belanja Untuk Sedekah Dan Ibu, bapa, Keluarga

Peruntukan sebanyak RM200 adalah kepada keluarga. Allah menjanjikan rezeki yang amat murah jika kita kerap bersedekah dan lebih afdal lagi kepada kaum keluarga. Tidak akan miskin hamba Allah itu sekiranya ianya kerap bersedekah dan Allah juga berkata sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi.

Lagi banyak duitnya di sedekahkan terutama kepada ahli keluarga, lebih banyak pintu-pintu rezekinya akan dibuka.
Jangan sesekali mengabaikan ibu & bapa, kerana tanpa restu mereka anda pasti tidak akan berjaya.

Belanja Untuk Networking Dan Menuntut Ilmu

Belanja untuk bina rangkaian kawan yang berjaya (networking). Tiada manusia yang berjaya di dunia ini tanpa membuat networking. Elakkan gejala-gejala melepak yang tidak berfaedah. Pastikan anda membelanjakan wang anda sebanyak RM300 sebulan dengan berjumpa mereka-mereka yang :

1. Lebih berilmu daripada anda.

Jangan laburkan peruntukkan tersebut kepada orang yang tidak bernilai/berfikiran negatif dan tidak punya ilmu yang lebih baik dari anda sendiri.

2. Lebih kaya & berjaya dari daripada anda.

Belanja mereka walaupun mereka lebih kaya kerana apa yang mereka tahu perlu menjadi rahsia yang perlu anda cari. Dan manusia yang kaya adalah manusia yang selalu belanja orang makan. Labur dahulu, lihat hasilnya di kemudian hari.

3. Orang yang membantu anda dalam kerjaya atau perniagaan.

Tak ada usahawan yang boleh naik tanpa bantuan dari mereka yang prihatin dan besar jiwanya membantu orang lain. Jadi hargai mereka dan jangan kedekut untuk belanja mereka. Ia bakal menjadi satu tarikan kuat untuk lebih ramai lagi orang lain datang memberikan bantuan selepas ini.

Anda juga harus belanja untuk aktiviti menuntut ilmu. Jangan ambil mudah dengan aktiviti menuntut ilmu untuk berjaya. Tak ada orang yang boleh pergi jauh jika malas mencari ilmu.

  1. Beli buku pengetahuan di kedai buku atau secara talian (e-book). Belilah buku yang anda boleh kutip ilmu dan aplikasikannya dalam kehidupan. Baca betul-betul dan jangan sia-siakan wang yang dibelanjakan untuk beli buku tersebut.
  2. Ikuti seminar atau kursus keilmuan yang anda rasa penting dan dapat membantu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan diri anda. Anda akan dapat ilmu dan yang paling penting lagi anda akan berkenalan dengan mereka yang turut sama mahu berjaya dalam hidup seperti anda.

Belanja Untuk Pengangkutan

Tujuan utama kereta adalah untuk pengangkutan untuk anda bergerak dari point A ke point B. Sekiranya terdapat pengangkutan awam yang mudah di kawasan anda, gunakanlah sepenuhnya dan ini lebih menjimatkan! Kalau boleh sebagai seorang fresh graduate, carilah kereta 2nd hand atau yang mampu milik yang bayaran bulan-bulan hanya bawah RM500 sahaja. Cukuplah berbelanja pengangkutan RM500 sebulan. Saya tidak mengalakkan fresh graduate bergaji RM2,000 membeli kereta Perodua Myvi yang baru itu. Itu eksyen dan membazir namanya.

Belanja Untuk Investment

Baki selanjutnya sebanyak RM250 hendaklah dilaburkan untuk modal memulakan perniagaan anda seperti menjadi agent produk-produk yang laris di pasaran (jimat kos branding & marketing dan boleh belajar banyak dari syarikat tersebut). Mulakan perniagaan secara kecil-kecilan terlebih dahulu. Menjadi stokis & agent kepada produk orang lain mungkin satu pilihan yang sangat baik.

Bila mula kecil, gagal bermakna anda hanya hilang wang yang sedikit. Jika berjaya, ia jadi suntikan semangat untuk anda berjaya lebih tinggi sedikit lagi. Cuba buat kerja tambahan untuk tambah pengalaman. Libatkan diri dengan aktiviti menjual kerana menjual adalah perkara penting untuk setiap usahawan yang mahu berjaya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat